KKD STOC sokong hak-hak golongan kurang upaya

Musim Pra- Paskah merupakan kesempatan bagi umat untuk lebih bermurah hati, bersedekah, berpuasa dan menjangkau mereka yang memerlukan.

Mar 23, 2018

SANDAKAN: Musim Pra- Paskah merupakan kesempatan bagi umat untuk lebih bermurah hati, bersedekah, berpuasa dan menjangkau mereka yang memerlukan.

Pada 3 Mac lalu, ahli-ahli KKD St Teresa of Calcutta Indah Jaya telah melawat Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga. Turut menyertai rombongan ini ialah Sr Appolloni Gumpu, FSIC.

Rombongan KKD ini disambut oleh Ermawati, penolong pengurus pusat tersebut. Beliau memberikan taklimat singkat tentang latar belakang, statistik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.

Rumah Amal Cheshire merupakan pusat swasta berdaftar yang menawarkan khidmat jagaan kepada orangorang kurang upaya tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Pusat ini cuba membantu golongan istimewa ini untuk hidup berdikari dan memperjuangkan hak mereka untuk menikmati kehidupan sama seperti manusia lain.

Buat masa ini, Rumah Cheshire Sandakan mempunyai 27 orang penghuni kurang upaya. Lapan daripadanya dijaga pada waktu siang manakala 19 orang lagi menetap di pusat tersebut.

Cheshire Home juga mempunyai lima orang kanakkanak di bawah usia empat tahun yang menerima khidmat intervensi di pusat tersebut.

Rumah Cheshire ditubuhkan pada taun 200 dan mempunyai 20 orang tenaga kerja terlatih.

Beliau mengungkapkan penghargaan dan terima kasih di atas lawatan yang dianjurkan oleh KKD tersebut dan berharap agar lebih ramai lagi orang yang datang bagi melawat serta menghiburkan para penghuni di situ.

John Tan, Pengerusi KKD STOC mengucapkan terima kasih kepada para ahli yang menyertai lawatan itu. Kunjungan melawat dan menghiburkan para penghuni kurang upaya di situ.

Beliau juga sempat menyeru para ahli KKD untuk merenung anugerah berkat Tuhan di dalam kehidupan mereka dan bagaimana membahagibahagikan berkat itu terhadap sesama. Rombongan juga telah membawa sedikit makanan, barangan dan sumbangan buat rumah amal itu.

Mereka juga makan bersama dengan para penghuni, berbual dan menghiburkan golongan kurang upaya tersebut. Sebelum pulang, Sr Appollonia FSIC menutup lawatan itu dengan doa.

Total Comments:0

Name
Email
Comments