KOMKAT rai tiga Katekis baharu
Komiti Katekis (KOMKAT) Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) telah mengadakan Hari Keluarga Katekis. Hari Keluarga Katekis merupakan program tahunan KOMKAT. Pada tahun ini ia dijalankan di Gereja St. Dominic, Dalit pada 20 Sept, lalu.
Nov 10, 2019
KENINGAU: Komiti Katekis (KOMKAT) Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) telah mengadakan Hari Keluarga Katekis. Hari Keluarga Katekis merupakan program tahunan KOMKAT. Pada tahun ini ia dijalankan di Gereja St. Dominic, Dalit pada 20 Sept, lalu.
Ia dimulakan dengan mesyuarat KOMKAT yang dipengerusikan oleh Kat. Severinus Jaitin dan turut dihadiri Father Bonaventure Unting, pembimbing rohani KOMKAT.
Pada hari itu juga, turut dilangsungkan pelantikan baru tiga orang menjadi katekis, iaitu Dora Pongod, Claudius Kinsik dan Henry Jumil dalam Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Bonaventure.
Para Katekis juga memperbaharui komitmen dalam perayaan Misa tersebut.
“Pelayanan Katekis ini sangat diperlukan dan sangat membantu kelancaran pelayanan pastoral,” ujar Fr. Bonaventure dalam ucapannya.
Hari Keluarga KOMKAT bermatlamat agar ahli keluarga Katekis yang melayani di Paroki KSFX saling mengenali satu sama lain. -- Komsos K’gau
Total Comments:0