Krismawan Sook diseru berani membela iman

Seramai 190 orang calon telah menerima Sakramen Krisma pada 23 May 2021 bertempat di Gereja Roh Kudus Sook (GRKS) yang telah disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong.

Jun 05, 2021

SOOK, Keningau: Seramai 190 orang calon telah menerima Sakramen Krisma pada 23 May 2021 bertempat di Gereja  Roh Kudus Sook (GRKS) yang telah disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong.

Turut membantu Bapa Uskup dalam  Misa itu ialah Father Boniface Kimsin dan Father Paul Mikin.

Katekismus Gereja Katolik 1316 menyatakan Sakramen Krisma adalah Sakramen yang memberi Roh Kudus, supaya mengakarkan kita lebih kuat dalam persekutuan anak-anak Tuhan, menggabungkan kita lebih erat dengan Kristus, memperkuat hubungan kita dengan Gereja, membuat kita mengambil bahagian yang  lebih banyak dalam perutusannya, dan  membantu kita, supaya memberi kesaksian iman Kristian dengan perkataan dan  perbuatan. 

Bapa Uskup, dalam homilinya menyeru kepada umat khasnya kepada krismawan dan krismawati agar sentiasa memohon bimbingan Roh Kudus kerana Roh Kudus  penting dalam perjalanan iman dan sentiasa mengingatkan kita akan ajaran-ajaran  Yesus.

Beliau juga mengingatkan kepada para  krismawan agar tidak mudah terpengaruh dengan godaan-godaan yang tidak baik misalnya budaya tidak acuh tak acuh dan sekularisme yang boleh meruntuhkan  iman Kristian. 

Uskup Cornelius juga menyeru para  krismawan agar bertekun dalam doa, setia  mengikuti-Nya dan tidak mudah meninggalkan-Nya kerana Dia adalah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (Yoh 14:6). 

Prelatus itu berharap agar para krismawan menerima Sakramen Krisma dengan sukacita dan sentiasa berdoa memohon bantuan Roh Kudus untuk berakar  dalam Kristus dan teguh dalam iman.

Penerima Sakramen Krisma ini terdiri  daripada umat sekitar naungan Paroki  Roh Kudus Sook yang terdapat 12 zon. —  Rekvenlye Jamly

Total Comments:0

Name
Email
Comments