Kristus adalah penentu dalam kehidupan manusia

“Hari ini, kita berterima kasih kepada Tuhan atas inspirasi hebat Sto Yohanes Paulus II kerana mengadakan Hari Belia Sedunia (WYD) pertama, 40 tahun lalu,” kata Kardinal José Tolentino de Mendonça, Ketua Dikeasteri untuk Kebudayaan dan Pendidikan pada April 14 lalu sempena ulang tahun ke-40 WYD di Dataran Sto Petrus.

Apr 26, 2024


KOTA VATIKAN: “Hari ini, kita berterima kasih kepada Tuhan atas inspirasi hebat Sto Yohanes Paulus II kerana mengadakan Hari Belia Sedunia (WYD) pertama, 40 tahun lalu,” kata Kardinal José Tolentino de Mendonça, Ketua Dikeasteri untuk Kebudayaan dan Pendidikan pada April 14 lalu sempena ulang tahun ke-40 WYD di Dataran Sto Petrus.

Prelatus itu menekankan bahawa WYD telah menghasilkan banyak “buah harapan, cinta, kebangkitan semangat dan panggilan” yang membuktikan bahawa WYD adalah program unggul dan tidak boleh dihilangkan dalam takwim Gereja.

Katanya, melalui WYD, Yesus mengajak kaum muda untuk “Datang, lihat, sentuh, makan.”

“Kristus adalah penentu dalam kehidupan manusia. Kepentingan Kristus bukanlah kebenaran teori yang abstrak; tetapi ia adalah kebenaran yang telah kita sentuh, lihat dan rasa!”

Kardinal itu juga mengatakan, “WYD juga telah mengubah banyak kehidupan belia, mencipta kisah yang hebat, dan terus mengubah hidup kita, kisah kita”.

“Kristus tidak mahu kita menjadi penonton. Kristus mahu kita menjadi saksi yang berkata, ‘Saya telah melihat dengan mata saya, saya telah mendengar dengan telinga saya, saya telah menyentuh.’ Ini menjadikan kita sebuah Gereja misionari, sebuah Gereja yang keluar untuk bertemu, menyentuh, berdialog dengan orang lain!”

“Sri Paus Fransiskus juga pernah mengatakan kepada para belia, “jangan menjadi kaum muda ‘penonton’ dan menyaksikan dengan pasif sejarah berlalu. Tetapi jadilah si tukang ‘bising’, bukan bermulut bising sebaliknya menjadi pewarta Khabar Gembira!”

WYD seterusnya akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 2027. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments