Langkah mengenal tanda-tanda zaman dan mendengar umat Tuhan

Sri Paus Fransiskus telah menetapkan Sinod Para Uskup 2021-2023 dengan tema: “Untuk Gereja Sinodal: Persekutuan, Partisipasi dan Misi”.

Oct 22, 2021


KUCHING: Sri Paus Fransiskus telah menetapkan Sinod Para Uskup 2021-2023 dengan tema: “Untuk Gereja Sinodal: Persekutuan, Partisipasi dan Misi”. Pembukaan Sinod Para Uskup di Roma telah dilancarkan pada 9-10 Oktober 2021 yang dipimpin oleh Bapa Suci Fransiskus sendiri.

Di peringkat keuskupan lokal, Keuskupan Agung Kuching terlebih dahulu mengadakan Rekoleksi Gabungan dalam talian yang pertama pada 16 Oktober 2021 melalui Zoom untuk mengenal apa itu Gereja Sinodal.

Rekoleksi ini disertai kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada anggota jawatankuasa dan jawatankuasa Majlis Pastoral Keuskupan Agung (APC), para paderi, religius, seminarian dan para pemimpin Gereja.

Sinodaliti Gereja merupakan gagasan dasar atau fundamental dari Bapa Suci Paus Fransiskus dalam pembaharauan Gereja secara berkesinambungan melalui suatu pertobatan pastoral dan misionari.

Semasa menyampaikan ucapan pembukaan, Pengerusi APC, Sdri Christina Eng menyatakan bahawa acara utama yang akan menjadi tumpuan selama dua tahun ini ialah proses perjalanan bersama menuju Sinod Uskup 2023.

Christina berharap agar semua umat, “menyesuaikan diri dengan situasi pandemik demi menjadi Gereja dengan Misi membawa Yesus Kristus hingga ke hujung bumi.” Katanya, “Kita adalah Gereja: Para Murid Sabda dalam Persekutuan untuk Misi.”

Kemudian beliau mengungkapkan kepada para paderi, “Wahai para paderi yang dihormati, betapa kami memerlukan kalian! Untuk sakramen, pengakuan, untuk Ekaristi, ketika kami sakit atau diingatkan bahawa ada Tuhan yang penyayang dan penyayang dalam keluarga kita melalui homili kalian setiap hari Minggu.”

Uskup Agung Simon Poh pula menyatakan kegembiraannya kerana ada dua buah badan yang membantunya dalam pelayanan pastoral iaitu Majlis Para Paderi yang terdiri dari 40 paderi serta Majlis Pastoral Keuskupan Agung yang merangkumi 12 Ahli Majlis Pastoral Paroki dari seluruh Keuskupan Agung.

Uskup Agung Simon juga merasa diberkati kerana Keuskupan Agung telah mengalami latar belakang gereja Sinodal: Persekutuan, Partisipasi dan Misi melalui Perhimpunan Pastoral Keuskupan Agung Kuching. Prelatus itu juga sedang dalam proses Perhimpunan Pastoral seluruh Keuskupan/Agung Pan Malaysia pada tahun 2026.

Oleh kerana Gereja sinodal adalah Gereja yang hendak mendengarkan suara semua kawasan, terlebih kawasan yang selama ini jarang didengar dan diperhatikan. Maka maka diputuskan proses Sinode diperluas dan diperpanjang di peringkat keuskupan lokal. Pada tahap keuskupan lokal, ia melibatkan semua umat, mendengar dalam terang sabda Tuhan dan inilah Gereja yang hidup dalam karisma Roh Kudus.

Total Comments:0

Name
Email
Comments