Lawatan pastoral Uskup John Wong ke Telipok

Akhir tahun 2023 bersamaan pada Disember 3, adalah Hari Paroki Holy Family Telipok.

Jan 28, 2024


TELIPOK:
Akhir tahun 2023 bersamaan pada Disember 3, adalah Hari Paroki Holy Family Telipok.

Pada hari itu, Uskup Agung John Wong telah datang dan memimpin Misa Kudus.

Sempena lawatan pastoral Bapa Uskup Agung, 103 umat telah menerima Sakramen Penguatan.

Pameran Sejarah Gereja Holy Family yang diadakan telah menarik perhatian Uskup John serta umat yang hadir.

Pameran itu memaparkan sejarah penubuhan Gereja Holy Family dan para paderi yang pernah melayani di paroki tersebut.

Pelbagai persembahan pentas telah berlangsung antaranya persembahan wakil dari fraternity OFS yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja yang mempersembahkan tarian kontemporari iringan lagu yang bertajuk Puji dan Sembah Lirik Dhivo Dolat.

Paderi Paroki Telipok, Fr David Sham mengungkapkan kesyukuran di atas kehadiran Uskup Agung John Wong ke paroki tersebut.

Paroki Telipok mempunyai la-pan stasi luar yang terdiri daripada St Mary Magdalena Kayu Madang, St Flora Lapasan, St Petrus Tampulan, St Francis Xavier Bunsut, St Lazarus Natai Sokid, St Irenaeus Natai Siba dan Gereja Divine Mercy KKIP. — Eveline OFS

Total Comments:0

Name
Email
Comments