Lebih 100 hari perang di Gaza

Sejak tarikh Oktober 7, kita berdiri di sisi ramai warga Palestine yang maut di bawah reruntuhan Gaza — 10,000 di antaranya adalah kanak-kanak.

Jan 28, 2024


Sejak tarikh Oktober 7, kita berdiri di sisi ramai warga Palestine yang maut di bawah reruntuhan Gaza — 10,000 di antaranya adalah kanak-kanak.

Kita berdiri bersama dengan orang-orang tidak berdosa yang terbunuh di kibbutzim pada Oktober 7 dan para tahanan Israel.

Kita berdiri, dengan keyakinan penuh, berpihak kepada para mangsa dan mereka yang menderita.

Mengingat masa-masa yang telah berlalu, sejak sebuah tragedi, ia sangatlah menyedihkan. Mengingati tragedi ini yang mengerikan tetapi masih berlanjutan.

Sejak Oktober 7, 2023, 136 lelaki, wanita, dan kanak-kanak masih menjadi mangsa culik di tangan Hamas di terowongan di bawah Gaza. Tidak ada yang tahu tentang mereka atau keadaan mereka.

Pada Januari 13, Media Vatikan menerbitkan artikel oleh Rachel Goldberg Polin, yang penuh dengan rasa sakit tetapi juga cinta.

Beliau menulis tentang puteranya Hersh, 23 tahun, tidak hilang tanpa dapat dikesan sejak pagi kejadian tragis itu, kecuali mungkin anak itu telah kehilangan lengannya.

Media Vatikan berasa amat dekat dengan Rachel, bukan hanya mengerti akan penderitaannya namun terutama kerana apa yang beliau katakan dan tulis.

Rachel menyedari di sebalik barikad, ramai ibu-ibu sepertinya yang menderita. Dan ramai yang meratap menangisi anak-anak mereka yang hilang.

Suaranya yang berani menyuarakan kemarahannya, meskipun berisiko tetapi difahami kerana hanya dengan mengakui kepedihan orang lain dan penderitaan diri sendiri, maka perdamaian dan pengampunan dapat bertumbuh.

Kata-kata Rachel juga milik kita. Seperti juga Sri Paus Fransiskus, yang mengajak kita untuk melakukan equivicinanza, atau “kedekatan yang setara”.

Kedekatan dengan mereka yang menderita, dengan mereka yang meninggal, dengan mereka yang tidak punya apa-apa.

Kedekatan dengan penderitaan kedua belah pihak sering diartikan sebagai jarak yang sama (equidistance). Kita tidak berkecuali dalam pe perangan ini.

Kita berdiri, dengan keyakinan penuh, di satu pihak — para korban dan mereka yang menderita.
Kita berdiri di samping 22,000 orang yang maut di bawah reruntuhan Gaza, 10,000 kanak-kanak yang terbunuh.

Kita berdiri di pihak orang-orang tak berdosa yang dibunuh secara brutal di kibbutzim pada Oktober 7.

Kerana pengorbanan setiap nyawa adalah luka yang tak dapat disembuhkan. Rachel memahami hal ini. Dan begitu juga kita.

Pada permulaan tahun 2024, Sri Paus Fransiskus melaungkan, “Perang adalah jenayah terhadap kemanusiaan. Rakyat perlukan kedamaian. Dunia memerlukan keamanan!” — Andrea Tornielli (Media Vatikan)

Total Comments:0

Name
Email
Comments