Lebih 400 ikuti sekolah minggu online di Blessed Sacrament

Pada akhir April 2021, Komiti Pembentukan Alkitab dan Iman (BFFC) Gereja Blessed Sacrament (BSC) melancarkan pendaftaran untuk pelajaran atas talian Sekolah Minggu. Kelas dijadualkan bermula pada pertengahan Jun 2021.

Jul 03, 2021

KUCHING: Pada akhir April 2021, Komiti Pembentukan Alkitab dan Iman (BFFC) Gereja Blessed Sacrament (BSC) melancarkan pendaftaran untuk pelajaran atas talian Sekolah Minggu. Kelas dijadualkan bermula pada pertengahan Jun 2021.

Pada 13 Jun, pelajaran atas talian dimulakan untuk pelajar Sekolah Minggu dari semua peringkat diawali dengan ucapan dari Rektor BSC, Fr Patrick Heng. Pertemuan alam maya yang menggunakan aplikasi Google Meet (dengan maksimum 250 peserta). Selain guru dan pelajar, ibu bapa dan penjaga juga boleh log masuk, untuk mengikuti perkembangan kelas online tersebut.

Semasa hari pembukaan kelas online, Fr Patrick terlebih dahulu memberi kata-kata aluan serta memberikan pengenalan silibus Sekolah Minggu serta masalah atau cabaran yang mungkin timbul sepanjang kelas online. Beberapa orang guru pembimbing turut menyesuaikan diri untuk menghadapi pengajaran atas talian buat pertama kalinya.

Walaupun begitu, beliau memberi jaminan bahawa tidak ada pelajar yang akan ketinggalan dalam pelayanan sakramen Pembaptisan, Pengakuan, Komuni Pertama dan Penguatan, yang dirancang untuk akhir tahun ini.

Yang penting adalah para pelajar "akan mengalami siapa Tuhan Yesus," yang pada akhirnya menguatkan keputusan dan hati mereka untuk "menerima sakramen di Gereja," kata Fr Patrick.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada BFFC atas persiapan yang dilakukan oleh mereka dalam menyediakan pembelajaran atas talian, terutama pengerusinya John Wong.

Kira-kira 410 pelajar mendaftar untuk kelas atas talian Sekolah Minggu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments