Limpahan ucapan kesembuhan dan doa untuk Sri Paus Fransiskus

Sri Paus Fransiskus mengirim tweet pada pukul 1:30 tengah hari waktu Roma pada hari Rabu, 7 Julai, mengucapkan terima kasih kepada semua orang di seluruh dunia atas pesan baik dan kepedulian mereka mengenai kesihatannya.

Jul 10, 2021

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus mengirim tweet pada pukul 1:30 tengah hari waktu Roma pada hari Rabu, 7 Julai, mengucapkan terima kasih kepada semua orang di seluruh dunia atas pesan baik dan kepedulian mereka mengenai kesihatannya. Sri Paus sedang dalam fasa pemulihan di Hospital Gemelli Rom selepas pembedahan kolon pada 4 Julai.

Bapa Suci di dalam tweetnya menulis: “Saya terharu menerima banyak pesan yang penuh kasih sayang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang untuk kedekatan dan doa mereka.” @Pontifex

Di antara pesan yang diterima oleh Bapa Suci Fransiskus ialah dari Yang Mulia Karekin II, Patriark Tertinggi dan Katolik dari semua orang Armenia.

Dalam pesannya, Patriak itu menyampaikan ucapannya kepada Sri Paus seperti berikut: “Saudara yang dikasihi dalam Kristus, Kami berdoa kepada Tuhan untuk menjaga dan melindungi anda dalam rahmat-Nya, memberikanmu umur panjang dan buahbuah yang baik pada masa kepausanmu.”

Beberapa ketua negara dan kerajaan juga ingin telah mengutus pesan kedekatan mereka, termasuk, Presiden Republik China (Taiwan), Tsai Ing-Wen, yang mengirim pesan pada hari Isnin, 5 Julai.

Pada hari yang sama, Presiden Negara Palestin dan Jawatankuasa Eksekutif PLO, Mahmoud Abbas, menulis dari Ramallah: “Marilah kita semua berdoa bersama-sama kepada Tuhan agar anda diberikan kesihatan yang baik dan semoga dapat terus berkomitmen untuk mewujudkan kedamaian dan cinta antara sesama manusia”.

Pada hari Selasa, Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdo?an, menulis, “Saya mendapat tahu pembedahan ke atas Sri Paus Fransiskus amat berjaya, saya, bagi pihak diri saya dan negara saya, berharap agar anda cepat sembuh dalam tempoh pemulihan anda,” serta menyampaikan harapan “kesihatan dan kebahagiaan kepada Sri Paus Fransiskus.”

Presiden Republik Cyprus, Nicos Anastasiades, mengatakan “dalam masa percubaan peribadi ini”, beliau berharap Bapa Suci mengalami “pemulihan yang cepat”, dan berdoa “dengan sungguh-sungguh agar Tuhan kita Yesus Kristus dapat memberikan kesihatan dan kekuatan untuk Bapa Suci. Saya, kerajaan saya dan rakyat Cyprus sememangnya menantikan pemulihan anda dengan kadar segera.”

Presiden Republik Cuba, Miguel DíazCanel Bermúdez, menulis dengan namanya sendiri berkata, “Rakyat dan Kerajaan Cuba mengharapkan kesembuhan dan pemulihan segera selepas pembedahan.”

Doa dan ucapan kesembuhan juga datang dari Presiden Republik Poland, Andrzej Duda, yang menyatakan keyakinannya bahawa Bapa Suci akan sembuh dengan cepat serta akan segera meneruskan komitmennya untuk memimpin Gereja Katolik dan Takhta Suci dan untuk menyokong seluruh komuniti dunia, yang sangat memerlukan “penghiburan rohani” pada masa yang sukar ini. — Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments