Litani mohon kemaafan Sri Paus atas pelbagai pelanggaran Gereja

Litani mohon kemaafan Sri Paus atas pelbagai pelanggaran Gereja

Aug 31, 2018

DUBLIN: Tanpa diduga, dalam Misa Penutupan Pertemuan Keluarga Sedunia di Taman Phoenix Dublin, Paus Fransiskus meminta maaf atas kesalahan-kesalahan penderaan seksual yang dilakukan Gereja terhadap lelaki, wanita, dan kanak-kanak di Ireland. Vatican News menyatakan ia belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak dijangka bahawa Sri Paus akan berdoa litani memohon pengampunan.

Doa litani itu diungkapkan dalam Ritus Tobat semasa Paus Fransiskus memimpin Misa bersama para selebran dari pelbagai dunia dan bersama umat beriman mengakui dosa-dosa mereka, bertobat, dan meminta belas kasihan dan pengampunan.

Paus Fransiskus, yang berbicara dalam bahasa Sepanyol, meminta maaf atas pelbagai kesalahan dan penderaan seksual yang dilakukan Gereja di Ireland.

Prelatus itu juga menyebut pertemuannya dengan lapan orang mangsa penderaan seksual, sehari sebelumnya. Berdasarkan pertemuan itu, Sri Paus mengatakan dia ingin “menempatkan kejahatan-kejahatan ini di hadapan belas kasihan Tuhan, dan meminta maaf atas kejahatan-kejahatan itu.”

Doa Sri Paus itu diterjemahkan oleh penterjemahnya, Msgr Mark Miles seperti berikut:

“Kelmarin, saya bertemu dengan lapan orang mangsa, yang telah menderita akibat penyalahgunaan kekuasaan, suara hati, dan juga penderaan seksual. Dari apa yang mereka katakan kepada saya, saya ingin menempatkan kejahatankejahatan ini di hadapan belas kasihan Tuhan, dan meminta pengampunan atasnya.

Kami meminta maaf atas kesalahan-kesalahan Gereja di Ireland, penyalahgunaan kekuasaan, kehancuran hati nurani, dan penderaan seksual yang dilakukan anggota yang seharusnya dipercayai dalam Gereja.

Secara khusus, kami meminta maaf atas semua pelanggaran yang dilakukan oleh pelbagai institusi yang dikendalikan oleh kaum religius lelaki dan wanita dan oleh anggotaanggota Gereja lainnya, dan kami meminta maaf atas keskes eksploitasi melalui pekerjaan di mana begitu banyak wanita dan lelaki yang bergantung kepadanya. Kami meminta maaf.

Kami meminta maaf kerana pada saat-saat tertentu kami sebagai Gereja tidak menunjukkan kepada orang-orang yang selamat dari pelanggaran apa pun, belas kasihan, dan pencarian keadilan serta kebenaran melalui tindakan nyata. Kami meminta maaf.

Kami meminta maaf untuk beberapa anggota hierarki Gereja yang tidak bertanggung jawab atas situasi yang menyakitkan ini dan mereka mendiamkan diri. Kami meminta maaf.

Kami meminta maaf untuk semua saat ketika kepada ramai ibu tunggal dipisahkan daripada anak-anak mereka, begitu juga kepada anak-anak itu, mereka dipisahkan daripada ibu bapa mereka, bahawa ini adalah dosa berat. Kami meminta maaf.

Tuhan, pertahankan dan tingkatkan keadaan malu ini, dan berikan kami kekuatan untuk bekerja demi keadilan. Amin.”

Paus Fransiskus amat mengharapkan bahawa salah satu buah dari pertemuan global ini ialah, apabila para peserta kembali ke tempat masingmasing, mereka akan menjadi sumber penghiburan, galakan dan sokongan bagi orang lain.

Sambil memberi teladan St Columbanus, misionari Ireland yang mewartakan Khabar Gembira bukan kerana perancangan yang strategik tetapi kerana kerendahan hati, ketaatan dan sukacita serta membukakan hati bagi Roh Kudus bekerja dalam dirinya. —VIS/CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments