Mahasiswa tinjau tubuh sebagai keindahan Tuhan

Selama beberapa minggu, beberapa pelajar universiti bertemu atas talian untuk mempelajari Kajian Teologi Tubuh yang dianjurkan oleh Diakon Andrian Ng.

Jul 03, 2021

CHERAS: Selama beberapa minggu, beberapa pelajar universiti bertemu atas talian untuk mempelajari Kajian Teologi Tubuh yang dianjurkan oleh Diakon Andrian Ng.

Kursus kajian ini menggunakan aplikasi Zoom dan disertai oleh para pelajar dari UNIKOP, UoC, GMI, UTAR, LimKokWing, serta dari Kuching dan Kota Kinabalu.

"Teologi Tubuh" adalah rangkaian topik pengajaran utama awal Sri Paus Yohanes Paulus II yang bertujuan membangun antropologi yang memadai untuk memperlihatkan bahawa tubuh manusia menyingkapkan keperibadian Tuhan. Idea-idea Teologi Tubuh ini telah banyak dikaji dan dipermudahkan oleh pelbagai orang, antaranya ialah Christopher West dan Jason Evert.

Dalam kursus selama lapan minggu, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua daripadanya adalah tim bahasa Inggeris, satu tim Bahasa dan satu lagi bahasa Mandarin. Setiap tim diketuai oleh pemimpin lelaki atau wanita dengan kira-kira enam peserta.

Mereka mempersiapkan material mereka bersama. Mencari masa sesuai untuk semua orang tidak mudah, akhirnya mereka berkorban untuk meluangkan masa pada hari Sabtu, jam 7.00 pagi.

Setiap tim meneliti kajian mereka mengikut kesesuaian dan keselesaan para ahli. Oleh itu, kajian yang seharusnya tamat pada bulan April, dipanjangkan sehingga bulan Mei.

Kajian Alkitab ini bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Teologi Tubuh; ia juga merupakan masa untuk membangun komuniti belia dan kampus disebabkan pertemuan secara fizikal adalah terhad.

Setiap kali bertemu, para tim mempunyai catatan doa di mana sesiapa sahaja boleh menulis apa yang ingin mereka doakan. Aktiviti sedemikian dapat mengeratkan hubungan antara sesama serta memupuk semangat saling peduli.

Adalah penting bagi kaum muda mengetahui pendirian Katolik mengenai seksualiti dan tubuh kerana kita tidak pernah diajar mengapa perkara itu berlaku.

Topik yang dipelajari sepanjang kursus kajian ini merangkumi Agape, Temptations, Finding The Right Partner, Celibacy & Contraceptives.

Ariana Ng, salah seorang peserta mengatakan, “Awalnya, saya mendapati kajian ini seperti merendahkan wanita seperti yang tercatat dalam Efesus 5: 22. Namun ini bukanlah yang dikehendaki oleh Tuhan. “Walaupun suami dikenali sebagai tulang belakang keluarga, para suami harus mengasihi isteri mereka seperti Kristus mengasihi Gereja.”

“Saya juga belajar bahawa peraturan yang diwahyukan oleh Tuhan tidak pernah bertujuan untuk menyekat kita kebebasan kita sebaliknya membimbing kita. ”

Sebagai contoh, dalam permainan kad. Biasanya dalam permainan ini, ada sejumlah peraturan yang mesti dipatuhi oleh pemain. Sekiranya setiap orang mempunyai peraturan sendiri, permainan menjadi huru-hara dan kekeliruanj.

Begitu juga, jika kita tidak mematuhi peraturan yang diwahyukan oleh Tuhan, kita mungkin tidak dapat menjalani kehidupan seperti mana yang dikehendaki-Nya, malah hidup kita menjadi kacau bilau.

Secara peribadi, “saya benarbenar gembira mengikuti semua sesi pembelajaran Alkitab ini.”

Ini pasti membantu saya menjelaskan beberapa kesalahfahaman yang menghantui saya terhadap Gereja Katolik serta menjadikan iman saya bertambah teguh. “Saya percaya para belia, terutama pasangan muda, harus mencuba kajian Alkitab Teologi Tubuh ini dan jika anda menyertainya, sertailah dengan konsisten sehingga tamat.”

Bagi umat yang ingin maklumat lanjut, boleh menghubungi Diakon Adrian di talian 016- 222 1089.

Total Comments:0

Name
Email
Comments