Mahu kekang penularan COVID-19 dan variannya, Uskup Cornelius terima dos kedua vaksin

Selepas menerima suntikan Vaksin Comirnaty yang pertama pada 26 Mei 2021 yang lalu, Uskup Cornelius Piong tidak mempunyai masalah untuk memenuhi temu

Jun 25, 2021

KENINGAU: Selepas menerima suntikan Vaksin Comirnaty yang pertama pada 26 Mei 2021 yang lalu, Uskup Cornelius Piong tidak mempunyai masalah untuk memenuhi temujanji penerimaan suntikan vaksin untuk dos yang kedua pada 16 Jun 2021.

Penerimaan suntikan vaksin kali ini juga diadakan di Dewan Masyarakat, Keningau. Prelatus itu tiba sebelum jam 8.00pagi lagi dan selesai pada jam 9.30pagi.

Turut menerima suntikan dos yang kedua ini adalah semua mereka yang telah menerima suntikan dos vaksin yang pertama yang terdiri daripada para paderi, religius, krew Kekitaan FM, dan Kakitangan Katedral St.Francis Xavier, Keningau.

Dengan lengkapnya dos suntikan vaksin yang telah diterima oleh Ketua Keuskupan Keningau ini, ia pasti memberi dorongan dan keyakinan kepada umat Katolik khususnya di Keuskupan Keningau untuk tidak berasa ragu menerima vaksin COVID-19. — Juanis bin Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments