Majlis Gereja-gereja Malaysia mahu kerajaan beri perhatian serius laporan siasatan Suhakam

Majlis Gereja-gereja Malaysia meminta kerajaan memberi perhatian terhadap laporan siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tentang kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat dan Pendeta Raymond Koh.

Apr 12, 2019

PETALING JAYA: Majlis Gereja-gereja Malaysia meminta kerajaan memberi perhatian terhadap laporan siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tentang kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat dan Pendeta Raymond Koh.

Melalui kenyataan CCM pada 5 April, CCM turut menyokong cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suhakam dan meminta kerajaan untuk memberi perhatian terhadap cadangan itu iaitu melancarkan siasatan bebas dan adil, penyediaan penjelasan dan maklumat kepada keluarga mangsa dan mengambil langkah segera untuk menjelaskan dan memisahkan kuasa pihak berwenang agama dan polis.

“Suhakam terpaksa mengambil alih siasatan itu kerana ketiadaan penyiasatan menyeluruh, serius dan adil yang seharusnya dilakukan oleh polis Malaysia dan sebagai melaksanakan kewajipan badan berkanun komisi itu untuk menjunjung undang-undang dan peraturan di negara ini,” ujar kenyataan itu lagi.

CCM mengatakan bahawa kerajaan harus mengambil berat akan seruan Suhakam untuk menghormati kebebasan beragama dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Orang Yang Hilang Secara Paksa (ICPPED) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik ICCPR).

CCM mengingatkan kerajaan Pakatan bahawa dalam manifesto Pilihan raya Umum 2018 mereka telah berjanji bahawa negara akan menjunjung undangundang dan semua rakyat akan dilayan secara adil dan saksama menurut undangundang.

“Kami menyeru Perdana Menteri untuk merealisasikan janji ini dan menyelesaikan perkara ini agar keluarga mangsa mendapat keadilan yang mereka perjuangkan selama bertahun-tahun,” ujar CCM. — sumber the Star 

Total Comments:0

Name
Email
Comments