Makan malam istimewa Leap Year 2020

Tanggal 29 Februari, tarikh yang hanya datang empat tahun sekali sahaja sehingga menjadikannya tarikh yang cukup istimewa.

Mar 21, 2020

KENINGAU: Tanggal 29 Februari, tarikh yang hanya datang empat tahun sekali sahaja sehingga menjadikannya tarikh yang cukup istimewa. Oleh itu, Kantin Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) juga ingin berkongsi sukacita itu dengan mengadakan satu majlis Makan Malam Istimewa.

Majlis ini diadakan di Dewan Keluarga Kudus, PZKKNS.  Majlis ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada umat sekitar Paroki KSFX dan beberapa umat daripada Paroki lain. Turut hadir dalam majlis itu ialah   Uskup Cornelius Piong, para paderi dan juga Sister. Tujuan majlis ini diadakan pencarian dana bagi penambahbaikan patung-patung yang ada di PZKKNS dan  juga bagi persiapan program ziarah ke PZKKNS bersempena dengan Pesta Bonda Maria yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.  --KOMSOS KSFX

Total Comments:0

Name
Email
Comments