Malanglah kita jika tidak memanfaatkan teknologi IT

Seorang paderi mengingatkan umat bahawa "malanglah kita jika tidak memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) moden masa kini.

Apr 17, 2020

RANAU: Seorang paderi mengingatkan umat bahawa "malanglah kita jika tidak memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) moden masa kini.

Father Nicholas Stephen, paderi Paroki St Peter Claver, Ranau mengatakan media digital telah banyak membantu umat mengikuti Misa Kudus secara langsung melalui talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Fr Nick juga merupakan salah seorang paderi Katolik di Sabah yang aktif menggunakan media digital dalam menyampaikan katekesis.

Melalui facebook https://www. facebook.com/cahayakinabalufanpage/ beliau mengadakan siri katekesis secara online, "Dari Hati ke Hati Seorang Gembala" yang memberi pencerahan pelbagai persoalan iman daripada umat.

Dalam siri kedua "Dari Hati ke Hati Seorang Gembala" yang disiarkan secara langsung melalui Youtube dan Facebook pada 31 Mac,  Fr Nick menjawab persoalan daripada seorang umat tentang suasana "berkurung" sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Fr Nick, memang PKP agak kurang disenangi lebih-lebih lagi bagi mereka yang aktif. Namun beliau menasihati agar mengambil keadaan ini sebagai satu kesempatan, merenung tentang kehidupan, sejauh mana kita meluangkan masa untuk diri sendiri, keluarga, Tuhan.

"Jangan menganggap situasi sekarang ini sebagai "terkurung" atau "terkokong." Iblis memang mahu Gereja kita ditutup tetapi kita sebagai umat, menghadirkan Yesus dalam Gereja domestik iaitu keluarga. Jadi ini adalah masa bagi kita memperkuat hubungan dengan keluarga.

Ditanya mengenai hal ekonomi di mana ramai orang yang risau akan keadaan ekonomi yang merundum akibat PKP.

Fr Nick menasihatkan agar tidak takut, tidak terlalu risau serta  kreatif membangun ekonomi sendiri. "Jangan menunggu bantuan. Usahakan menjana ekonomi sendiri misalnya pertanian dan penternakan.

"Bagi mereka yang tinggal di apartment,  anda boleh belajar dari youtube, guna bahan-bahan kitar semula bagi menanam tanaman yang cepat menghasilkan buah."

Total Comments:0

Name
Email
Comments