Mantan duta Malaysia ke Vatikan mahu terus pastikan kebajikan Kristian

Mantan duta Malaysia ke Vatikan mahu terus pastikan kebajikan Kristian

Jul 20, 2018

KUALA LUMPUR: Kini beliau telah bersara, Bernard Dompok ingin meneruskan kehidupannya dengan yang melibatkan komuniti Kristian dan mempromosi kesederhanaan - dalam "Malaysia Baharu."

Bekas ketua menteri Sabah berkata negara di bawah pemerintahan Pakatan Harapan penuh dengan citacita dan keberanian, dan ia telah matang kerana idea-idea segar dan inisiatifnya sentiasa berkembang.

Bagi saya, Malaysia Baharu memberi peluang kepada kita untuk melakukan sesuatu, membetulkan semula sesuatu yang pernah kita harap atau rancang. Saya suka idea "membetulkan semula", katanya kepada The Malaysian Insight.

Semasa masih bergiat dalam arena politik, Dompok dikenali sebagai pejuang agama Kristian di Malaysia. Beliau bersuara atas sekatan danpenyitaan Alkitab Bahasa Malaysia oleh pihak berkuasa Islam pada tahun 2011, menentang rang undangundang penukaran agama pada tahun 2013, dan menonjolkan peranan sekolah mision dalam pembinaan negara.

Berikutan tugasnya sebagai duta di Takhta Suci, telah dipendekkan tempohnya selepas PH mengambil alih Putrajaya, Dompok mempunyai banyak idea untuk meningkatkan ramai orang Kristian Sabah terutama melalui pendidikan.

Beliau berkata hanya melalui pendidikan dan menguasai bahasa Inggeris, dapat meningkatkan kualiti hidup orang Kristian. Sebelum ini juga, Dompok telah men3adangkan penubuhan universiti Katolik pertama Malaysia di Sabah, sambil menambah bahawa idea itu diterima dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, tetapi beliau tidak pasti tentang pentadbiran semasa yang diambilnya.

Dompok berkata kebanyakan orang Kristian di Sabah adalah dari masyarakat peribumi, seraya menyatakan bahawa kebajikan mereka tidak dijaga kerana "prioriti berbeza" oleh kerajaan BN.

Beliau mempunyai rancangan untuk mempromosikan kesederhanaan dalam Malaysia, seperti Indonesia, di mana kebanyakan umat Islam tidak terlibat dalam ekstremisme agama kerana mereka berpegang teguh pada "panca sila", serupa dengan Rukunegara Malaysia.

Beliau berkata tidak ada keperluan untuk umat Islam di Malaysia mencerminkan amalan umat Islam Arab, dan sebaliknya, mereka harus mempromosikan Islam sederhana.

"Sama seperti orang Kristian di Roms, di mana mereka tidak menyatakan mereka orang Kristian 'tulen', sebaliknya menyatakan diri mereka sebagai 'orang Kristian Roma'."— The Malaysian Insight

Total Comments:0

Name
Email
Comments