Maria dalam devosi dan Maria dalam Kitab Suci

Maria dalam devosi dan Maria dalam Kitab Suci

Jul 06, 2018

Ada pepatah yang mengatakan: Roman Katolik sangat menyanjungi Maria manakala Protestan dan Evangelikal membelakangkan Maria. Keduadua kenyataan itu adalah salah.

Maria, Bonda kepada Yesus sebenarnya mempunyai dua sejarah dalam tradisi Kristian. Kita mempunyai Maria dalam Kitab Suci dan kita mempunyai Devosi kepada Maria, kedua-duanya menawarkan sesuatu yang istimewa dalam menghidupi perjalanan Kristian kita.

Devosi kepada Maria adalah devosi yang sudah diketahui ramai, kebanyakannya di dalam lingkungan Gereja Katolik.

Devosi-devosi itu dalam bentuk memohon pertolongan Maria melalui doa Rosario, tempat-tempat suci Maia, litani Bonda Dukacita, devosi kepada Bonda yang berhati lemah lembut di mana kita memohon pertolongan Maria untuk menyampaikan doa kita pada Tuhan, devosi kepada Maria berhati mulia dan paling kudus, Maria yang memahami penderitaan manusia, Maria yang melembutkan hati para pembunuh dan Maria, Bonda tempat kita mengadu dan berandal.

Dan Maria ini juga merupakan Ibu kepada orang-orang miskin.

Karl Rahner menjelaskan bahawa apabila kita membaca semua kisah penampakan Bonda Maria yang telah secara rasmi dibuktikan sahih oleh Gereja, kita akan mendapati bahawa dia selalu menampakkan diri kepada orang miskin — seorang kanak-kanak, hamba yang tidak tahu membaca, sekumpulan kanakkanak dan seseorang yang tidak ada status sosial yang hebat.

Dia tidak pernah muncul di hadapan seorang ahli teologi yang sedang tekun mengkaji, kepada seorang sri paus, kepada jutawan. Maria selalu bersama dengan orang yang kelihatannya daif. Devosi Maria merupakan sebuah mistisisme kepada orang miskin.

Sebagai contoh, kita melihat bukti nyata dalam peristiwa penampakan Perawan Maria di Gudalupe yang memberi impak besar kepada Amerika Latin.

Di seluruh Amerik kebanyakan orang asli masa kini beragama Kristian. Namun, di Amerika Utara, kebanyakan orang asli adalah Kristian tetapi agama Kristian tidak dilihat sebagai agama orang asli sebaliknya sebuah agama yang dibawa kepada orang asli dari tempat lain. Di Amerika Latin, khususnya di tempat popular penampakan Perawan Maria dari Guadalupe, agama Kristian dilihat sebagai agama asal.

Namun kesalehan dan devosidevosi ini mempunyai risiko lemah dalam teologi dan sentimental yang kurang baik.

Begitu juga dalam hal devosidevosi kepada Maria. Kita cenderung menaikkan taraf Maria ke status ilahi (yang ternyata tidak wajar) dan menyalutinya dengan kewarakan keterlaluan sehingga devosi-devosi kepada Maria ini menyebabkan kita lupa kepada orang yang menulis Magnifikat.

Devosi-devosi kepada Maria selalunya adalah kudus, sangat sederhana dan keseksualan yang perlu dilindungi daripada kerumitan manusia. Walau bagaimana pun begitu, meskipun sederhana tetapi devosi-devosi kepada Bonda Maria menawarkan banyak pedoman dan ketabahan serta penghiburan dalam perjalanan rohani kita.

Apa yang dikesali ialah Maria dalam Kitab Suci selalu diabaikan atau dilupakan, begitu juga pelbagai peranannya dalam Kitab Suci.

Dalam Injil-injil Sinoptik, Maria dipersembahkan sebagai model para rasul.

Secara ringkas, Maria diperlihatkan kepada kita sebagai satu-satunya individu yang memahami dan memberikan diri sepenuhnya kepada Tuhan sejak awal. Tetapi kepatuhan dan pemahaman Maria yang diceritakan dalam Injil agak samar. Pada kelihatannya, ada beberapa petikan yang memberitahu sebaliknya dan ada kalanya agak mengejutkan. Misalnya, ada suatu ketika, ketika Yesus sedang berkhutbah di hadapan orang ramai, Dia diganggu dan diberitahu bahawa ibu-Nya dan saudarasaudara- Nya sedang berada di luar dan mahu bercakap dengan-Nya. Jawapan Yesus pula, “Siapa ibu-Ku dan siapa saudara-saudaraku ? Mereka yang mendengar sabda Tuhan dan melakukannya.”

Ini tidak bermakna bahawa Yesus menyangkal atau menjauhkan diri daripada ibu-Nya tetapi sebaliknya. Sebelum peristiwa itu, dalam Injil telah dicatat, bahawa sang penulis sangat berhati-hati dalam menyerlahkan Maria, orang pertama mendengar Sabda Tuhan dan menyimpan- Nya.

Apa yang berlaku di sini ialah Yesus memilih dan menyanjung iman ibu-Nya, bukan biologi ibu- Nya. Dalam Injil-injil Sinoptik, Maria adalah paradigma dalam kerasulan. Dia adalah orang pertama mendengar sabda Tuhan dan menyimpan serta menghayatinya.

Injil Yohanes memberikannya peranan yang sungguh penting dan menyerlah.

Dalam Injil Yohanes, Maria bukan paradigma kerasulan (peranan yang diberikan oleh Yohanes kepada rasul yang paling disayangi dan kepada Maria Magdala) tetapi Maria dipersembahkan sebagai Hawa, ibu kepada manusia, dan ibu kepada semua kita. Menariknya, Yohanes tidak pernah memberikan kita nama Maria, dalam Injil dia selalu digelar sebagai “Ibu Yesus”. Dan dalam peranan ini, dia melakukan dua perkara:

Pertama, dia bersuara bagi manusia yang dalam kesusahan, seperti yang dilakukannya semasa majlis perkahwinan di Kana apabila Dia meminta anak-Nya, (yang selalu ilahi dalam Injil Yohanes) bahawa mereka sudah kehabisan wain. Dalam Injil Yohanes, ini bukan sekadar perbualan antara Ibu Sejagat dan Tuhan.

Kedua, sebagai Hawa, sebagai ibu sejagat dan ibu kita, dia mewakili dan mendengar kesakitan-kesakitan manusia dan kesakitan di dalam hatinya apabila berdiri di bawah kaki salib. Oleh itu, dia memperlihatkan dirinya sebagai ibu sedunia juga sebagai contoh bagaimana berhadapan dengan ketidak adilan iaitu dengan terus berdiri, berjuang dan tidak dipengaruhi dengan rasa benci serta keganasan. Maria menawarkan kita banyak contoh yang hebat dan baik, bukan untuk disanjung mahupun diabaikan. — Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments