Masa kritikal untuk membina jambatan persaudaraan

Masa kritikal untuk membina jambatan persaudaraan

Aug 03, 2018

KOTA VATIKAN: Mengenai isu moral, isu teologi, pertobatan hati atau dalam bahasa Yunani metanoia — perlu dilakukan sebelum membangun penyelesaian pastoral dan politik, demikian pesan Sri Paus Fransiskus kepada ahli-ahli teologi Katolik pada 27 Julai lalu.

Prelatus itu juga menekankan tentang cabaran dalam hubungan manusia, termasuk hubungan antara negara-negara yang berbeza.

Sri Paus turut menyuarakan kebimbangannya akan migran dan pelarian yang “mencetuskan sebuah metanoia yang dapat menumbuhkan pemikiran etika dan teologi, bahkan sebelum memberi inspirasi terhadap sikap pastoral yang sesuai dan dasar politik yang bertanggungjawab dan dirancang dengan teliti.”

Mesej Paus, yang ditandatangani pada 11 Julai, dihantar kepada kirakira 500 ahli teologi moral dan lainlain, yang berhimpun di Sarejevo, Bosnia dan Herzegovina untuk persidangan antarabangsa “Etika Teologi Katolik di Gereja Dunia.”

Fransiskus gembira dengan fokus persidangan terhadap alam sekitar, pendatang dan pelarian, “anda telah memberikan tempat yang sentral kepada cabaran ekologi,” katanya.

“Cabaran ini — seperti yang tercatat dari ensiklik Laudato si — bukan sekadar salah satu di antara yang banyak, tetapi latar belakang yang lebih luas untuk memahami kedua-dua etika ekologi dan etika sosial.

Dunia memerlukan individu dan institusi yang mampu menjadi pemimpin baru dalam isu yang rumit ini, ujar Sri Paus yang kemudiannya mengkritik sikap bertentangan sekumpulan orang dan kumpulan yang menyuarakan slogan kosong sambil “mengejar kedudukan paling hadapan tanpa mempedulikan martabat manusia dan kesejahteraan bersama.

“Kita memerlukan kepimpinan yang dapat membantu kita mencari amalan yang lebih baik,” katanya

Persidangan pada 26-29 Julai tersebut bertema, “Masa Kritikal untuk Membangun Jambatan: Etika Teologi Katolik pada masa kini.” Fransiskus memuji tema, yang sering dipanggilnya "keperluan untuk membina jambatan, bukan dinding pemisah. Saya terus mengulangi harapan ini agar di mana-mana sahaja, umat akan memberi perhatian kepada keperluan ini ... pada masa diancam ketakutan dan pelbagai bentuk regresi," katanya.

Sri Paus juga memuji cadangan untuk mewujudkan rangkaian atau jaringan orang di benua yang berbeza yang mengabdikan diri mereka untuk merenungkan etika teologi.

Dengan sumber-sumber yang disediakan oleh rangkaian global, usaha haruslah “belas kasihan dan perhatian terhadap situasi manusia yang tragis ... dengan berjalan bersama dengan mereka yang memerlukan belas kasihan dan perhatian.

“Kita dipanggil untuk mengenal setiap tanda dan menggerakkan tenaga serta usaha kita untuk meruntuhkan dinding-dinding pemisah, dan membina jambatan persaudaraan di dunia ini,” ujar Sri Paus Fransiskus. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments