Masyarakat adat terjejas akibat sistem ekonomi global, krisis cuaca

Jaringan global penyokong hak orang asli mengatakan bahawa sistem ekonomi global sekarang ini “telah memperburuk kerentanan masyarakat peribumi terhadap kesan krisis iklim”.

Aug 20, 2021


MANILA:
Jaringan global penyokong hak orang asli mengatakan bahawa sistem ekonomi global sekarang ini “telah memperburuk kerentanan masyarakat peribumi terhadap kesan krisis iklim”.

Gerakan Masyarakat Adat Antarabangsa untuk Penentuan Diri dan Pembebasan mengatakan ketidaksamaan sosial telah menjadikan penduduk yang paling rapuh pada “peningkatan kerentanan” terhadap kerosakan.

“Keadaan iklim yang semakin buruk memusnahkan persekitaran mereka yang bergantung kepada makanan, air, dan tempat tinggal mereka,” kata Beverly Longid, koordinator IPMSDL. Dalam satu kenyataan pada 16 Ogos, aktivis Filipina itu mengatakan bahawa masyarakat peribumi tidak akan dapat bertahan dalam keadaan darurat iklim jika [sistem dunia sekarang .. terus merosakkan komuniti ini.”

Longid mengatakan hal ini selepas kajian Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim yang melaporkan manusia telah menyebabkan perubahan iklim yang “belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak dapat dipulihkan”.

Laporan iklim PBB mendapati bahawa pemanasan global berbahaya hampir tidak dapat dikawal. Laporan itu juga mengatakan bahawa walaupun pelepasan karbon telah dikurangkan namun ia masih tidak dapat mencegah pemanasan global 1.5 darjah Celsius di atas suhu pra-industri menjelang tahun 2040. Longid mengatakan bahawa penduduk peribumi, yang merupakan pelindung utama alam sekitar, “adalah salah kumpulan paling menderita jika krisis cuaca ini tidak diambil berat.”

Uskup Jose Colin Bagaforo dari Caritas Filipina mengatakan betapa parahnya situasi iklim saat ini yang memanggil semua sektor untuk “bersatu dalam aksi demi menyembuhkan Rumah Kita bersama. Saya takut akan apa yang akan terjadi bagi golongan muda dan mereka yang belum dilahirkan,” katanya.

“Namun, kita harus bertindak dan berjuang demi mereka,” ujar Uskup itu lagi. — LiCASnews

Total Comments:0

Name
Email
Comments