Melalui kebangkitan-Nya, Dia mendampingi dan menguatkan kita

Bagi kita umat Kristian, Paskah adalah suatu pemberian kepastian bahawa kematian bukanlah akhir hidup kita seutuhnya. Kebangkitan Yesus merupakan bukti, bahawa Tuhan selalu mendampingi dan memberi kekuatan kepada kita, untuk senantiasa tekun dan teguh, tetap kuat mengalami apa pun percubaan hidup.

Apr 10, 2020

HARI MINGGU PASKAH
KISAH PARA RASUL 10:34A-37-43
KOLOSE 3:1-4 INJIL YOHANES 20:1-1

Bagi kita umat Kristian, Paskah adalah suatu pemberian kepastian bahawa kematian bukanlah akhir hidup kita seutuhnya. Kebangkitan Yesus merupakan bukti, bahawa Tuhan selalu mendampingi dan memberi kekuatan kepada kita, untuk senantiasa tekun dan teguh, tetap kuat mengalami apa pun percubaan hidup.

Paskah memberikan kepada kita suatu jatidiri, identiti murni yang pasti: kita ini diselamatkan, maka sebagai orang beriman Kristian, jangan sampai hidup dengan ketakutan dan kehilangan harapan!

Sepanjang musim Pra-Paskah, khususnya selama Triduum, kita telah mendengar betapa besar perhatian dan pelaksanaan rencana kasih Tuhan untuk menyelamatkan kita.

Kita telah mendengar kesaksian tiga orang wanita (Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus, Salome) tentang kebangkitan Yesus.

Khususnya kesaksian Maria Magdalena patut kita perhatikan. Dalam Injil-Injil, Maria Magdalena dikisahkan sebagai seorang wanita dari Galilea, yang mengikuti Yesus dan murid-murid-Nya. Dia melayani Yesus dan hadir menyaksikan ketika Yesus disalib dan dimakamkan.

Dan dia juga datang ke makam untuk mengurapi jenazah Yesus.

Perlu kita perhatikan, bahawa Yesus hidup dalam masyarakat yang bercorak ‘androsentris’ atau berpusat pada atau dikuasai oleh lelaki. Wanita pertama-tama dianggap sebagai milik bapanya, baru kemudian milik suaminya. Wanita tidak punya hak sebagai saksi, tidak boleh belajar Taurat.

Nah, Yesus yang hidup dalam masyarakat itu bertindak tanpa mengurangi martabat perempuan yang sama dengan lelaki. Yesus bergaul dengan wanita, menghormati mereka, bersahabat dengan mereka.

Dalam perjalanan, Dia didampingi oleh wanita-wanita. Dalam Injil Yohanes 20:1118 diceriterakan, bahawa Maria Magdalena sedih dan menangis kerana Yesus ternyata tidak ada di makam lagi. Yesus menyapa dia, “Ibu (‘wanita’, ‘perempuan’) mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?’. Maria Magdalena menjawab: ‘Tuan, jikalau  Tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana Tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya’ (ay. 15). Jawaban Yesus:“Maria!” Maria Magdalena berkata kepadDalam tutur kata itu terungkaplah hubungan ‘GuruMurid’ erat antara Yesus dan Maria Magdalena, malah juga dengan murid-murid-Nya yang lain yang sangat mendalam. Dan hubungan erat itu terungkap dalam ucapan Yesus ini: “Pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Tuhan-Ku dan Tuhanmu” (ay. 17).

Ternyata cara Tuhan menyampaikan sabda dan kehendak-Nya kepada manusia tidak tergantung dari tata-susunan atau tata-tertib, yang dibuat dan ditentukan oleh manusia.

Hirarki karya penyelamatan Tuhan memiliki caranya sendiri. Kepada Maria Magdalena, seorang wanita yang dalam masyarakat zamannya mempunyai kedudukan kedua sesudah lelaki, namun Yesus telah menampakkan diri-Nya sesudah bangkit bukan pertama-tama  kepada Petrus dan para Rasul lainnya, tetapi kepada Maria Magdalena.

Kepada Maria inilah, Yesus memberikan tugas perutusan pewartaan tentang kebangkitan- Nya. Maka tepat pula bahawa dalam Gereja Perdana, Maria Magdalena disebut ‘Apostola Apotolorum’, Rasul Para Rasul. Sebab Maria Magdalena, seorang wanita, orang pertama yang menjadi saksi Yesus yang telah bangkit, dan mewartakan kebangkitan-Nya itu kepada rasul-rasul lain.

Salah satu bahagian isi khabar gembira Paskah, yang pada zaman moden ini masih patut untuk diperhatikan: wanita adalah sama martabatnya di hadapan Tuhan seperti lelaki. Wanita juga diutus Yesus Kristus untuk mewartakan khabar gembira kepada semua orang. Namun jangan sampai kaum lelaki  menganggap hal pewartaan khabar gembira yang diserahkan kepada semua pengikut atau murid-Nya, — iaitu setiap orang yang sudah dibaptis! —  bukan hanya tugas kaum perempuan saja.

Kebangkitan Yesus Kristus adalah jaminan kebenaran agama Kristian. Maka setiap pemeluk agama Kristiani, bila ingin menjaga kesungguhan atau otentisiti jatidirinya sebagai orang Kristian, harus menyedari tanggung jawabnya untuk mewartakan kebangkitan Yesus kepada semua orang. Tetapi ia hanya dapat melaksanakan tugasnya itu, apabila Yesus bangkit dahulu dalam hatinya. Yesus yang bangkit dalam dirinya sendiri sebagai orang Kristiani itu akan dapat bangkit pula di dalam diri sesama kita.--santapan rohani

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Rivan081396783420
100????