Memberi kasih dan sinar harapan kepada golongan lemah

Memberi kasih dan sinar harapan kepada golongan lemah

Nov 30, 2018

RANAU: Umum sudah mengetahui wujudnya pusat perlindungan untuk kanak-kanak di Bundu Tuhan sejak 50 tahun lalu. Namun masih ramai yang belum berkesempatan untuk melawat pusat tersebut. Baru-baru ini, 17 anggota pelayanan Pastoral untuk Orang Sakit, Uzur dan Memerlukan Gereja St Simon, Likas, telah menganjurkan lawatan ke Rumah Kanakkanak Don Bosco di Bundu Tuhan.

Rombongan dari St Simon tiba di pusat itu pada jam 10.15 pagi. Pada ketika itu, penghuni kanak-kanak telah pun selesai melakukan rutin harian mereka seperti membasuh dan mengemas. Biarawati yang menjaga tempat itu, Sr Anne Marie, sangat gembira menyambut kedatangan rombongan dan kanakkanak di rumah itu mengalualukan kedatangan tetamu dengan lagu-lagu serta tarian.

Sr Anne Marie menceritakan serba sedikit latar belakang asrama dan penghuni Rumah Don Bosco tersebut. Sr Anne mengatakan bahawa dana bagi pengurusan rumah perlindungan itu diperolehi dari kemurahan atau derma orang ramai. Misalnya, sebelum ini, kanak-kanak di rumah itu telah mempunyai penderma yang membekalkan daging untuk mereka agar kanakkanak itu mempunyai menu stabil dalam makanan mereka. Kanak-kanak itu juga memerlukan buku, peralatan alat tulis dan keperluan sekolah, yuran sekolah khususnya pada permulaan penggal sekolah.

Tidak semua kanak-kanak di pusat itu merupakan anak yatim piatu. Kebanyakan mereka dihantar di situ kerana ibu bapa yang bercerai, ibu atau bapa tunggal malah ada yang menjadi mangsa dera. Kanak-kanak di situ juga berasal dari kampungkampung terpencil misalnya daerah Kiau, Papar, Tamparuli, Kota Belud dan Ranau.

Syukur kerana banyak badanbadan kebajikan dan agama yang membantu pusat tersebut. Badan-badan NGO, persatuan, pertubuhan agama Buddha dan umat yang bermurah hati, dari dalam dan luar negara, sentiasa memberikan sokongan kewangan dan moral kepada pusat ini.

Mengunjungi Rumah Don Bosco tidak akan lengkap jika tidak mengenal Brother Ben Snoeren. Ahli-ahli rombongan diberitahu bahawa Bro.Ben merupakan pengasas rumah perlindungan kanak-kanak itu. Bro.Ben, seorang misionari Mill Hill, memulakan pelayanan misionarinya pada tahun 1953 dan bersara pada tahun 2014. Beliau menghabiskan masa 61 tahun membina dan membesarkan anak-anak terbiar di Rumah Don Bosco. Bro.Ben telah meninggal di tanah kelahirannya, Oosterbeek, Holland pada 13 Feb, 2017.

Kanak-kanak yang membesar di Don Bosco sentiasa menganggap dan mengingati Bro.Ben sebagai bapa mereka. Bro.Ben yang telah meninggal dunia, tidak pernah pudar di ingatan mereka yang pernah mengenalinya. Malah kanak-kanak juga selalu mengingati dan mendoakan roh Bro.Ben sebagai tanda terima kasih di atas kasih sayang dan pelayanannya selama ini.

Sr Anne Marie dibantu oleh lima orang penolong di pusat itu. Para penolong Sr Anne itu pernah dilatih oleh Bro.Ben dan mereka amat tekun serta sabar menjaga dan membesarkan kanak-kanak di situ, bukan sahaja memberi mereka perlindungan, tempat tinggal, malah kasih sayang dan pendidikan agama.

Rombongan dari St Simon menghabiskan masa hampir dua jam di pusat itu. Pelbagai cerita dan kisah yang mereka dengar dari penghuni Don Bosco. Salah seorang penghuni, remaja lelaki, berusia 17 tahun, amat berminat dengan muzik dan belajar bermain alat muzik dengan hanya mendengar serta berlatih sendiri. Beberapa ahli dalam rombongan telah memberikan dorongan dan telefon nombor untuk dihubungi jika remaja ini ingin mengembangkan bakatnya.

Kunjungan ke Don Bosco menyedarkan ahli-ahli rombongan bahawa perkara-perkara material hanyalah sementara. Kanak-kanak di Don Bosco amat memerlukan perhatian, kasih sayang dan bimbingan. Para rombongan tekad untuk mengunjungi semula kanak-kanak ini pada masa akan datang.

Total Comments:0

Name
Email
Comments