Mencari lebih ramai sahabat di padang ST

Penginjilan melalui sukan adalah satu kesaksian iman ... demikian antara objektif Sukan Solidariti Keuskupan Keningau diadakan.

Nov 14, 2019

KENINGAU: Penginjilan melalui sukan adalah satu  kesaksian iman ... demikian antara objektif Sukan Solidariti Keuskupan Keningau diadakan.

Komisi Sukan Solidariti Keuskupan Keningau kini dipimpin oleh Father Claudius Andrew bagi sesi 2019-2021.

Pengerusi Komisi ini, Sdra Fredoline Umis mengatakan bahawa Sukan Solidariti Keuskupan Keningau anjuran Komisi ini baru sahaja berlangsung di Paroki  St Anthony Tenom dan Mission Kemabong yang antara lain bertujuan memupuk semangat kekitaan di antara paroki sesuai dengan konsep wawasan Keningau,  umat Tuhan berjalan bersama dalam Yesus Kristus

"Kita berharap melalui kegiatan sukan ini dapat mencari lebih ramai kawan di padang dan di gelangang  permainan.

Semangat persahabatan dan setiakawan adalah kehendak Tuhan yang mulia dan oleh itu semangat kekitaan dan kesukanan haruslah kita utamakan. "Kamu adalah sahabat-Ku jika kamu menuruti perintah-Ku" (Yoh 15: 14).

Sukan Solidariti Keuskupan juga adalah untuk mencari dana bagi pembangunan pastoral keuskupan Keningaumelalui sumbangan kasih dari paroki dan Mission.

Total Comments:0

Name
Email
Comments