Menerima Ekaristi harus bebas dari dosa berat

Para paderi berkewajiban untuk mengingatkan umat Katolik agar tidak menerima Ekaristi dalam keadaan berdosa serius dan memberi pengakuan sekerap mungkin, kata seorang kardinal Nigeria di Kongres Ekaristi Antarabangsa pada 9 Sept.

Sep 11, 2021


BUDAPEST:
Para paderi berkewajiban untuk mengingatkan umat Katolik agar tidak menerima Ekaristi dalam keadaan berdosa serius dan memberi pengakuan sekerap mungkin, kata seorang kardinal Nigeria di Kongres Ekaristi Antarabangsa pada 9 Sept.

“Doktrin Gereja menyatakan bahawa setiap orang yang mengetahui dirinya berada dalam keadaan berdosa serius, di mana dosa itu menjauhkannya dari kasih Tuhan, seharusnya tidak menerima Komuni Suci hanya kerana semua orang pergi menyambut,” kata Kardinal John Onaiyekan sempena Kongres Ekaristi baru-baru ini.

“Dia harus terlebih dahulu melakukan Sakramen Pengakuan untuk berdamai dengan Tuhan. Malangnya, apa yang kita lihat sekarang ini, umat tidak lagi peduli sama ada mereka berada dalam keadaan rohani yang tepat untuk menerima Tubuh Yesus.”

Adalah tugas paderi untuk mengingatkan umat beriman tentang hal ini, tanpa menokok tambah. Kardinal Onaiyekan menyampaikan katekesis selama satu jam mengenai doktrin Katolik mengenai Ekaristi, di Kongres Ekaristi Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Hungary pada 5-12 September.

“Mengenai perbahasan apakah seorang ahli politik yang memilih undang-undang tidak bermoral harus dihentikan dari menerima Komuni Suci, kardinal Onaiyekan mengatakan, "Jika memilih undang-undang yang tidak bermoral, bahkan dalam keadaan sekular, bererti ia membantu kejahatan, maka kita akan berurusan dengan keputusan moral iaitu tidak sesuai menerima Komuni Suci.”

“Tetapi dari sudut pandang pastoral, tidak begitu jelas apakah jika orang seperti itu benar-benar hadir untuk menerima Komuni, kemudian ditolak untuk memberikan komuni, sehingga menimbulkan keributan dan skandal besar. Dalam hal ini, St Augustine dan St Thomas Aquinas mencadangkan agar perkara ini diteliti dengan berhati-hati.”

Kardinal Afrika itu menambah, “seorang ahli politik Katolik yang tidak setuju secara terbuka dengan Gereja tentang masalah moral lebih baik, mengelakkan diri dari sengaja menimbulkan kontroversi mengenai Ekaristi.”

Onaiyekan mengatakan bahawa sebagai uskup, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk mendorong para ahli politik Katolik untuk “selalu memperlihatkan dengan jelas dan menentang undang-undang yang bertentangan dengan hukum Tuhan.”

“Baru-baru ini, timbul banyak perbincangan berkaitan dengan tanggungjawab ahli politik Katolik untuk menegakkan undang-undang Gereja dalam pilihan politik dan keputusan mereka khususnya yang berkaitan dengan dosa besar pengguguran,” kata kardinal itu. — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments