Mengapa Gereja Katolik menentang hukuman mati?

Gereja Katolik Roma menolak pelaksanaan hukuman mati. Dasar Kitab Suci-nya jelas. Satu dari sepuluh perintah Tuhan yang diturunkan melalui Nabi Musa menegaskan posisi Tuhan: “Jangan membunuh!” (Kel 20:13). Perintah ini jelas. Tuhan tidak memperbolehkan manusia untuk membunuh.

Aug 10, 2018

Gereja Katolik Roma menolak pelaksanaan hukuman mati. Dasar Kitab Suci-nya jelas. Satu dari sepuluh perintah Tuhan yang diturunkan melalui Nabi Musa menegaskan posisi Tuhan: “Jangan membunuh!” (Kel 20:13). Perintah ini jelas. Tuhan tidak memperbolehkan manusia untuk membunuh. Hal ini disebut lagi di dalam Injil Matius 5:21.

Injil juga tampak jelas dalam menegaskan ajaran Yesus untuk menitik beratkan pada ajaran kasih. Bapa-bapa Gereja seperti Klemens dari Roma dan Yustinus Martir menegaskan bahawa mengambil nyawa manusia adalah bertentangan dengan Injil dan mendorong umat Kristiani untuk tidak ikutserta melaksanakan hukuman mati.

Ketetapan Gereja ini melemah ketika Kristian menjadi agama rasmi Kekaisaran Romawi. St Agustinus dan Thomas Aquinas mengganggap bahawa negara, demi tercapainya kesejahteraan bersama, dapat melakukan hukuman mati.

St Agustinus menilai hukuman mati sebagai sebuah jalan untuk mencegah kejahatan dan melindungi pihak-pihak yang tidak bersalah. Sedangkan Thomas Aquinas menegaskan bahawa negara tidak hanya berhak, tapi juga adalah tugasnya untuk melindungi warganegaranya daripada para musuh negara, baik dari dalam mahu pun dari luar.

Di bawah Paus Yohanes Paulus II, Gereja Katolik lebih menyokong hukuman penjara daripada hukuman mati, walaupun hukuman mati tersebut masih diperbolehkan dalam beberapa kes ekstrem. Katekismus Gereja Katolik menyatakan bahawa hukuman mati diperbolehkan dalam kes-kes yang sangat parah kejahatannya.

Namun, apabila terdapat cara lain untuk melindungi masyarakat dari “penyerang yang tidak berperikemanusiaan”, cara-cara ini lebih dipilih daripada hukuman mati kerana cara-cara ini dianggap lebih menghormati harga diri seorang manusia dan selaras dengan tujuan kebaikan bersama.

Di sini terjadi peralihan tentang konsep hukuman mati bagi Gereja.

Dalam ensikliknya Evangelium Vitae yang diterbitkan tahun 1995, Paus Yohanes Paulus II menghapuskan status persyarat untuk keamanan umum dari hukuman mati ini dan menyatakan bahawa, dalam masyarakat moden saat ini, hukuman mati tidak dapat disokong pelaksanaannya.

Surat Ensiklik Evangelium Vitae (EV) 56 menjelaskan lagi: “Adalah jelas bahawa untuk tercapainya maksud-maksud ini, kudrat dan tingkat hukuman (the nature and extent of the punishment harus dengan hati-hati dievaluasi dan diputuskan, dan tidak boleh dilaksanakan sampai ekstrem dengan hukuman bunuh kecuali dalam kes-kes keharusan, dengan kata lain, ketika sudah tidak mungkin lagi untuk melaksanakan hal lain untuk membela masyarakat luas.” “Namun demikian, dewasa ini, sebagai hasil dari perkembangan yang terus menerus dalam hal pengaturan sistem penghukuman, kes-kes sedemikian (kes-kes yang mengharuskan hukuman mati) adalah sangat jarang berlaku, jika tidak secara praktikal disebut sebagai “tidak pernah ada.”

Pada ketika ini, hukuman mati secara rasmi dihapuskan pada tahun 1969 oleh Paus Paulus VI.

Peristiwa ini yang menunjukkan posisi rasmi Gereja dari tahun 1929 hingga tahun 1969 mirip dengan apa yang terjadi di England mulai dari penghapusan hukuman mati untuk kes pembunuhan pada tahun 1965 hingga dihapus sepenuhnya pada tahun 1998.

Hingga kini, ada 148 negara yang sudah menghapus hukuman mati. Secara perincian, 97 negara menghapus hukuman mati untuk seluruh kejahatan, lapan negara menghapus hukuman mati untuk perkara kejahatan biasa, dan yang melakukan moratorium (de facto tidak menerapkan) sebanyak 43 Negara. Sisanya, masih ada 49 negara yang masih menerapkan hukuman mati.

Gereja terus menerus mendesak negara-negara yang masih menerapkan hukuman mati untuk menghapusnya.

Malah Tuhan melarang manusia untuk membunuh. Kehidupan adalah anugerah Tuhan. Tak ada seorang pun manusia yang berhak mengambilnya kecuali Tuhan sendiri. Hal ini menegaskan posisi Gereja untuk menolak pengguguran janin, eutanasia, mahupun hukuman mati bagi siapa pun, termasuk para pembunuh, pengamal rasuah apatah lagi untuk umat-Nya yang meninggalkan Gereja. -- Katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments