Menghiidupii iiman Kattolliik dii lluarr zon ssellessa

Pelayanan Kampus Holy Trinity Tawau telah mengadakan program tahunan Keep In Touch Always (KITA) pada 8 April lalu.

Jun 23, 2017

TAWAU: Pelayanan Kampus Holy Trinity Tawau telah mengadakan program tahunan Keep In Touch Always (KITA) pada 8 April lalu. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang cabaran belia masa kini semasa melanjutkan pelajaran mahupun bekerja dan berada jauh daripada keluarga. Banyak isu dan maklumat dikongsikan kepada belia tentang bagaimana untuk terus mendalami iman Katolik pada zaman globalisasi ini.

Program ini dimulakan dengan lagu pujian dan sesi berkenalan antara peserta dan AJK pelaksana. Sebanyak empat katekesis telah disampaikan iaitu sesi pertama, “Realiti kehidupan di Kampus” yang dikongsikan oleh Puan Esther Albert. Diikuti sesi "Menghidupi Iman Katolik Saya" oleh Cikgu Petrus Bernadus yang menjelaskan betapa pentingnya untuk terus iman Katolik semasa berada di pengajian tinggi mahupun bekerja jauh dari keluarga serta mengongsikan beberapa laman web yang boleh dilayari oleh belia untuk membantu mereka menperdalamkan lagi iman Katolik.

“Hak dan Tanggungjawab” yang banyak memetik Ajaran Sosial Gereja Katolik turut diperjelaskan. Pada sesi terakhir "Melihat Ke Hadapan”, para peserta dinasihatkan untuk membuat perancangan dalam kehidupan, mempunyai pendirian dan berpegang pada pendirian itu, bukan sekadar mengikut kawan dalam membuat keputusan.

Dalam program ini juga, salah seorang bekas pelajar kampus iaitu Sdra Gregory Micheal Harumal telah mengongsikan bagaimana beliau kekal aktif dalam pelayanan pelajar Katolik semasa belajar. Puan Julita Kantod juga turut memberikan nasihat dan perkongsian mewakili Ministri Kehidupan Berkeluarga kepada para belia tentang cara hidup yang baik semasa berjauhan daripada keluarga. Puan Julita juga mengongsikan realiti belia Katolik yang berada jauh dari keluarga yang terjebak dalam situasi seperti seks sebelum berkahwin dan tinggal bersekedudukan. Tujuan beliau mengongsikan realiti ini di dalam program KITA adalah untuk kesedaran bersama bahawa hal seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran Katolik dan perlu dihindari.

Peserta yang memberikan maklum balas berasa sangat bersyukur kerana program ini dapat membantu mereka dalam membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran.--Gregory Micheal Harumal & Esther Alim Albert

Total Comments:0

Name
Email
Comments