Mengupas inti Amoris Laetitia

Mengupas inti Amoris Laetitia

Aug 03, 2018

KOTA KINABALU: Komisi Hidup Keluarga Keuskupan Agung telah menganjurkan bengkel “Sukacita Kasih” atau Amoris Laetitia pada 21 Julai lalu di Pusat Paroki Hati Kudus.

Seramai 84 peserta dari pelbagai komiti telah menyertai bengkel in.

Father Dr Charles Chiew dari Keuskupan Keningau menjadi penyampai utama sesi yang diadakan dalam dua bahasa.

Beliau menerangkan tentang latar belakang dokumen “Sukacita Kasih” oleh Sri Paus Fransiskus yang merupakan “study document” bagi semua peringkat umat khsusnya yang berkeluarga, hidup membujang, membiara kerana kita semua berasal daripada keluarga.

Dokumen ini juga merupakan susulan dari dua sinode tentang keluarga pada tahun 2014 dan 2015.

Dalam sesi pertama, Fr Charles memberikan ringkasan dokumen yang mempunyai 32 perenggan dan sembilan bab.

Selepas memberikan metodologi bagaimana mempelajari dokumen itu, para peserta dibahagikan kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan mengambil satu bahagian dari dokumen Amoris Laetitia untuk dibincangkan.

Kemudian, setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk melaporkan perbincangan mereka secara ringkas.

Bengkel ini diadakan sejurus selepas Perhimpunan PAX dan tim-tim fasilitator telah pun mula ke pelbagai Paroki untuk menerangkan dokumen ini kepada para umat.

Total Comments:0

Name
Email
Comments