Menjadi enzim sihat dalam persahabatan

Menjadi enzim sihat dalam persahabatan

Aug 03, 2018

Baru-baru ini, ketika membaca majalah Commonweal, saya terkejut dengan baris-baris ayat yang ditulis oleh Jerry Ryan, Little Brother of Jesus: “Saya telah kehilangan hubungan dengan begitu banyak orang yang sangat bermakna dalam hidup saya pada tahap yang berbeza dalam kehidupan ini, kehilangan orang yang amat saya kasihi dan kehilangan orang yang sangat akrab dengan saya dan kehilangan orang yang telah memberi saya banyak kasih sayang serta yang menjadikan saya masa ini.”

Perkara ini memang benar dan berlaku dalam kehidupan saya dan saya juga percaya, ia juga berlaku pada kebanyakan orang. Seseorang memasuki kehidupan kita, persahabatan berkembang, dan kemudian beberapa rakan itu hilang dari kehidupan kita.

Kadang-kadang kita berpindah, dan perhubungan itu lama-kelamaan hilang, malah kadang-kadang juga, ikatan mesra dan akrab dengan yang menyatukan kita, terlerai kerana kita meneruskan kehidupan, begitu juga dengan mereka.

Apabila mengenangkan kehilangan ini, ia menimbulkan rasa sensitif, selalu terasa kesakitan mendalam dan rasa bersalah. Mempunyai perasaan seperti ini bukanlah tidak sihat, berasa sepi kerana kehilangan juga bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri.

Ada kalanya juga kita merasa gagal dan selalu kurang prihatin dengan orang lain, dan menyesali sikap ini adalah baik.

Sesungguhnya kita memang kurang setia tetapi sebenarnya ia adalah kerana kekurangan dan keterbatasan diri kita sendiri. Hanya Tuhan yang sempurna dan tidak terbatas.

Hanya Tuhan yang mempunyai hati yang cukup besar serta memperhatikan semua orang secara peribadi, intim dan adil pada masa yang sama.

Hanya Tuhan yang tidak pernah berasa letih atau berpaling daripada kita. Dan hanya Tuhan yang mempunyai kekuatan untuk selamalamanya menjadi setia. Kita adalah peribadi manusia yang serba kekurangan dan lemah.

Saya banyak bergelut dengan kekurangan saya sendiri. Sebagai seorang itu misionari, . Menjadi seorang mubaligh, sikap-sikap peribadi saya yang aneh, saya mendapati diri saya sentiasa terharu kerana saya kekurangan masa untuk berdekatan dengan keluarga dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan yang sangat sayang. Tugas saya tidak mudah.

Pertama, saya berasal dari keluarga yang sangat besar yang telah berkembang menjadi suku bangsa. Oleh itu, untuk sentiasa berhubung dengan keluarga adalah tugas yang sibuk seperti pekerjaan sehari-hari. Seterusnya, saya telah melayani lebih dari empat puluh tahun dan pada masa empat puluh tahun ini, saya telah tinggal di pelbagai komuniti Oblate dengan 200 pelbagai latar belakang manusia. Komuniti adalah keluarga dan, sekali lagi, ia akan menjadi tugas sepenuh masa untuk sentiasa berhubung dengan mereka semua.

Kemudian, semasa saya menyambung pelajaran ke peringkat siswazah, saya mempunyai peluang istimewa untuk membina persahabatan yang cukup lama dengan beberapa rakan sekelas dari pelbagai negara.

Akhirnya, dalam tahun-tahun pelayanan ini, saya telah menemui ratusan pelajar dalam kelas dan ribuan orang semasa mengendalikan bengkel dan retret. Kebanyakan pertemuan ini bersifat sementara dan kasual, tetapi sangat bermakna kerana pada masa yang sama, ia membangun persahabatan yang akrab. Dan, sementara semua ini berlaku, saya telah tinggal dan bekerja di tempat yang berbeza. Kemudian pada hari ini terdapat lebih banyak hubungan terjalin dan saling dapat menghubungi melalui media sosial. Bagaimanakah seseorang dapat menjalin hubungan bermakna dengan semua orang? Bagaimanakah seseorang dapat menggelakkan diri dari mengabaikan rakannya dengan mudah?

Walaupun saya sangat berterima kasih kerana mempunyai keluarga besar dan sahabat yang ramai, tetapi saya tidak selalu teruja untuk terus berhubung dengan mereka walaupun saya berasa bersalah kerana tidak berhubung dengan ramai orang.

Ada kalanya, rakan-rakan terdekat mengingatkan saya, dan mereka juga tidak senang hati dengan sifat saya yang selalu mengabaikan persahabatan. Tetapi tahun demi tahun berlalu, masalah semakin besar dan saya lebih berdamai dengan diri saya yang tidak sempurna dan melihat perasaan bersalah saya berbanding meluangkan masa dengan sahabat- sahabat yang saya abaikan sebelum ini.

Apa yang dapat membantu ialah mengingatkan diri saya selalu untuk bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat besar dan rakanrakan yang sangat ramai. Ada beberapa perkara lagi yang sangat saya syukuri. Saya cuba untuk berhubung dengan mereka sehingga ke tahap, masa, tenaga, dan jarak yang mengizinkan. Paling penting, walaupun dengan kekurangan, saya cuba bertemu dengan keluarga dan kawan saya di tempat di mana masa, tenaga, dan jarak diselubungi oleh kehadiran yang sangat bermakna.

Terdapat satu tempat di mana kita sempurna, tidak ada ruang untuk ketidaksempurnaan, sebuah tempat di mana kita boleh mengasihi ramai orang, tanpa batasan, secara intim dan akrab, iaitu di dalam Tubuh Kristus. Kitab Suci menyatakan bahawa, sebagai umat beriman, kita membentuk bersama satu tubuh, satu tubuh yang hidup, organisma yang benar-benar hidup di mana semua bahagiannya sama penting.

Di dalam tubuh itu, kita hadir untuk setiap orang, walaupun tidak disedari tetapi amat memberikan makna mendalam. Dan apabila kita menjalani hidup dengan beriman, menjalani kehidupan persahabatan yang jujur dan sentiasa menghargai orang-orang di sekeliling kita, kita bukan sahaja enzim sihat yang membawa kesihatan pada tubuh itu, kita juga hadir untuk orang lain, dengan kasih saya dan perhatian, yang menyentuh bahagian terdalam jiwa kita. Di situ adalah tempat di mana kita tidak lagi mengabaikan orang lain. Maka, kepada semua rakan-rakan: Kita tetap masih bersama! — Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments