Menjadi “pokok” besar dan kuat untuk meliindungi orang lain

Menjadi “pokok” besar dan kuat untuk meliindungi orang lain

Nov 16, 2018

PULAU PINANG: Para Penyambut Komuni Pertama di Gereja Kerahiman Ilahi, Sg Ara pada tahun ini, dapat merasai keindahan dan keunikan sempena hari amat bermakna itu.

Paderi Paroki, Fr Martin Arlando sendiri menyambut para kanak-kanak ini di hadapan Gereja pada awal pagi 21 Oktober, sebelum bermulanya Misa Kudus. Selepas bergambar, Fr Martin memimpin kanak-kanak ini berdoa untuk menyiapkan mereka menerima sakramen kedua inisiasi iman Katolik.

Sebelum homili, Fr Marin juga turun ke barisan tempat duduk kanak-kanak dan menyapa mereka secara peribadi. Paderi itu telah menyediakan penanda buku yang mempunyai gambar pohon sesawi dengan petikan Alkitab dari Lukas 13:19 yang juga cetakan sebuah kisah di bahagian belakang.

Kisah itu berkaitan kisah seorang wanita Cina yang telah kehilangan seorang anak lelaki dan mencari jalan untuk membawa anaknya kembali hidup. Dia diberitahu untuk mengambil biji sesawi dari rumah yang tidak pernah mengenal kesedihan dan akan digunakan bagi mengusir kesedihan dalam hidupnya. Semasa dia pergi dari rumah ke rumah, dia mendapati bagaimana dia berjaya mengatasi kesedihan dalam kehidupannya dengan melayani kesedihan orang lain. Dalam pesannya kepada calon Komuniti Pertama, Fr Martin menjelaskan bahawa walaupun mereka masih muda, mereka dapat menjadi seperti biji sesawi.

Mereka hanya perlu mengelakkan diri dari tabiat buruk dan menjadikan Yesus dikenali oleh semua orang, serta mengutamakan orang lain daripada kepentingan diri sendiri, maka semua ini akan membawa kita lebih dekat kepada Yesus.

Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada Firman Tuhan dan menjalin hubungan akrab dengan Tuhan melalui doa. Dengan cara ini, mereka semua akan tumbuh menjadi pokok sesawi yang kuat dan besar.

Para penerima Komuni Pertama ini kemudiannya diraikan dalam sebuah majlis selepas Misa Kudus. Mereka memotong kek bersama ibu bapa dan menerima cendera kenangan sempena upacara Komuni Pertama mereka iaitu seutas Rosari.

Total Comments:0

Name
Email
Comments