Menyalakan cahaya spiritualiti di kalangan gembala muda

Dengan matlamat memupuk dan melengkapkan golongan muda sebagai saksi “Kristus yang sungguh Hidup” (CV 64), Jaringan Belia Keuskupan Pulau Pinang (PDYN) telah menganjurkan retret kepimpinan yang berlangsung di Katedral Roh Kudus pada April 9-12.

May 03, 2024

44 peserta Retret Kepimpinan anjuran PDYN diutus menjadi cahaya Kristus di kampus dan di tempat kerja mereka masing-masing.


PULAU PINANG: Dengan matlamat memupuk dan melengkapkan golongan muda sebagai saksi “Kristus yang sungguh Hidup” (CV 64), Jaringan Belia Keuskupan Pulau Pinang (PDYN) telah menganjurkan retret kepimpinan yang berlangsung di Katedral Roh Kudus pada April 9-12.

Seramai 44 belia yang terdiri daripada mahasiswa dan bekerja menyertai retret yang dimulakan dengan Misa Kudus. Misa Kudus dipimpin oleh Fr Simon Anand, Ketua PDYN, bersama Fr Francis Anthony, Fr Desmond Jansen dan Fr Esmond Chua OFM.

Pada hari kedua, para peserta menghayati tema “Spiritualiti” yang membantu mereka mengenali identiti mereka dalam Kristus dan belajar memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain.

Sesi yang disampaikan oleh Audrey Cheah itu juga menjelaskan bagaimana umat Katolik yang telah dibaptis dapat bertindak balas terhadap misi mewartakan Khabar Gembira Tuhan.

Selepas sesi kedua, para peserta menumpukan perhatian kepada sesi ketiga, “Kesejahteraan Emosi” yang dikendalikan oleh Dr Mary Bharathy. Sesi itu menjelaskan tentang tekanan, kesihatan mental dan cara un- tuk mendapatkan bantuan.

Kemuncak acara untuk hari kedua ialah aktiviti luar yang digelar Scavenger Hunt.

Tema, “Di dunia tetapi bukan milik dunia ini” membimbing para peserta pada hari ketiga. Selepas doa pagi, Stanley Sudhagaran memimpin sesi permainan kad ‘Build Your Town’ yang menajamkan kemahiran belia sebagai pemimpin.

Selepas itu, dalam sesi "Literasi Kewangan", para peserta belajar tentang kehematan kewangan dan pandangan alkitabiah tentang kepimpinan.

Sesi keenam adalah mengenai "Seksualiti" yang dijalankan secara berasingan untuk peserta lelaki dan wanita.

Bagi sesi untuk lelaki, ia diketuai oleh Fr Michael Raymond OFM Cap, manakala sesi untuk wanita diketuai oleh Cik Sharon Nicholas.

Kemudian, para peserta mengambil bahagian dalam Misa Penyembuhan yang dipimpin oleh Fr Simon bersama Fr Desmond. Selepas itu, para peserta mengadakan Perbualan Rohani dan mendengar testimoni.

Sebelum para peserta kembali ke tempat masing-masing, mereka diutus dalam Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr Esmond dan Fr Simon.

Dalam Misa itu, mereka memegang lilin bernyala yang menandakan mereka diutus untuk menjadi cahaya dunia dan menjadi gembala baik di paroki serta kampus di mana mereka berada.

Total Comments:0

Name
Email
Comments