Menyemak kembali makna indulgensi

Ketika Paus Fransiskus melancarkan Tahun Kudus Belas Kasihan, beliau menegaskan bahawa umat Kristian akan mendapat indulgensi istimewa semasa tahun rahmat ini.

Sep 30, 2016

Ketika Paus Fransiskus melancarkan Tahun Kudus Belas Kasihan, beliau menegaskan bahawa umat Kristian akan mendapat indulgensi istimewa semasa tahun rahmat ini.

Pengumuman Sri Paus ini telah mendorong ramai di kalangan penganut Roman Katolik pada hari ini, malah di kalangan penganut Protestan dan Evangelikal bertanya beberapa soalan yang berat: Adakah agama Katolik masih mengamalkan indulgensi? Bukankah kita telah mendapat pengajaran daripada Luther dan semasa zaman Reformasi? Adakah kita benar-benar percaya bahawa beberapa upacara tertentu seperti melewati pintu gereja yang ditentukan, akan memudahkan laluan kita ke syurga?

Soalan-soalan tadi memang wajar untuk diutarakan. Namun, apa sebenarnya itu indulgensi?

Paus Fransiskus dalam dekrinya, Wajah Belas Kasihan (Misericordiae Vultus) menerangkan tentang indulgensi sebagai: Sebuah Jubli juga melibatkan pemberian indulensi.

Amalan ini akan memperoleh makna yang lebih dalam pada Tahun Rahmat Belas Kasihan. Pengampunan Tuhan tidak ada batasnya.

Melalui kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus, Tuhan telah memperlihatkan bukti nyata kasih dan kuasa-Nya dalam memusnahkan semua dosa manusia.

Manusia dapat berdamai dengan Tuhan melalui misteri Paskah dan perantaraannya iaitu Gereja. Oleh itu, Tuhan selalu sedia untuk mengampuni dan Dia tidak pernah lelah untuk mengampuni malah pengampunannya tidak pernah berakhir, sentiasa baru serta di luar jangkaan kita. Apatah lagi, semua kita pernah melakukan dosa. Dan kita tahu bahawa dipanggil untuk menjadi sempurna (Mat 5, 48), namun kita sentiasa merasai beban berat dosa itu.

Meskipun kita merasai perubahan kerana disentuh oleh rahmat- Nya, kita juga merasai kesan dosa akibat kelemahan kita sendiri. Meskipun diampuni, kesan-kesan dosa itu tetap dirasai dan tinggal dalam diri kita.

Dalam Sakramen Pengakuan, Tuhan mengampuni dosa-dosa kita, tetapi dosa meninggalkan kesan negatif di dalam cara kita berfikir dan bertindak.

Namun, belas kasihan Tuhan adalah lebih kuat daripada dosa dan pemikiran negatif kita.

Kasih Tuhan yang amat agung menjadi indulgensi sebagai sebahagian daripada Bapa, yang melalui Mempelai Kristus, Gereja-Nya, menyentuh si pendosa yang bertobat dan membebaskannya dari segala titik-titik dan kesan dosa, membolehkan orang itu bertindak dalam kasih, bertumbuh dalam cinta daripada jatuh semula ke dalam dosa.

Gereja hidup di dalam lingkungan kesatuan dengan para kudus. Dalam Ekaristi, kesatuan ini di mana ia adalah anugerah daripada Tuhan, menjadi kesatuan rohani yang mengikat kita dengan para santo dan yang terberkati di mana bilangan mereka terlalu ramai (Why 7:14).

Kekudusan mereka membantu kita yang lemah, iaitu melalui Gereja, melalui doa-doa dan cara kehidupan Gereja, demi meneguhkan kelemahan umat beriman.

Oleh itu, untuk menghidupi indulgensi Tahun Belas Kasihan bermakna mendekati belas Kasihan Bapa dengan benar-benar yakin bahawa pengampunan Tuhan adalah untuk semua umat yang percaya.

Untuk memperoleh indulgensi ialah mengalami kekudusan Gereja, yang mengurniakan kepada semua, hasil penebusan Kristus, agar cinta dan pengampunan Tuhan dapat dipanjangkan di mana-mana sahaja.

Marilah kita menghidupi tahun Jubli ini dengan tekun, memohon sungguh-sungguh agar Bapa mengampuni dosa kita dan ‘memandikan’ kita dalam ‘indulgensi’ belas kasihannya.

Apa yang cuba dikatakan oleh Sri Paus tentang indulgensi? Sudah tentu, beliau tidak mengajar bahawa indulgensi memendekkan tempoh seseorang di api penyucian.

Sebaliknya, beliau cuba mengetengahkan dua perkara dalam indulgensi iaitu: Pertama, indulgensi ialah penerimaan dan perayaan akan belas kasihan Tuhan yang sangat indah dan tanpa syarat.

Malah, sebuah indulgensi, pada dasarnya ialah semakin kita menerima dan memahami indulgensi, iaitu penerimaan kasih, belas kasihan dan pengampunan yang sesungguhnya tidak layak untuk kita terima.

Cinta itu boleh mengasyikkan. Ibu bapa juga dapat memanjakan anak-anak mereka. Oleh itu, apabila kita melakukan doa atau amalan agama dengan niat memperoleh indulgensi, ia merupakan doa atau praktik yang menjadikan kita lebih menyedari dan bersyukur akan belas kasihan Tuhan yang amat dalam.

Kita sebenarnya hidup di dalam belas kasih tanpa syarat, sangat dalam, namun kita tidak menyedarinya. Pada masa Tahun Kudus Belas Kasihan, Paus Fransiskus mengajak kita untuk melakukan doa-doa dan amalan khusus agar kita lebih peka akan belas kasihan yang terkandung dalam indulgensi.

Selain itu, Paus Fransiskus menghubungkan pautan indulgensi dengan konsep lain iaitu kesatuan dan solidariti kita dengan sesama di dalam Tubuh Kristus.

Sebagai Kristian, kita percaya bahawa kita dipersatukan dengan sesama di dalam ikatan yang mesra, erat, ghaib, rohani dan organik yang amat nyata sehingga ia menjadikan kita satu tubuh, dengan aliran kehidupan dan aliran darah yang mengalir di dalam kita.

Di dalam Tubuh Kristus, seperti organisma hidup yang, terdapat satu sistem imunisasi agar apa yang dilakukan oleh seseorang, sama ada baik atau jahat, ia akan memberi pengaruh kepada seluruh tubuh.

Oleh itu, seperti kata Sri Paus, kerana adanya sistem imunisasi dalam Tubuh Kristus, kekuatan seseorang dapat menguatkan kelemahan orang lain.

Untuk melewati sesebuah pintu suci ialah menjadikan diri kita lebih peka dan sungguh-sungguh sedar bahawa indulgensi belas kasihan dan menyedarkan kita betapa indahnya hidup komuniti di mana kita hidup.--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments