Minggu Laudato Si’ di Keuskupan Keningau: Kerana kita tahu sesuatu itu boleh berubah

Sempena Minggu Laudato Si' 2021, 15-25 Mei yang lalu, Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan telah bersiaran secara langsung melalui program Laudato Si' Night.

May 29, 2021

KENINGAU: Sempena Minggu  Laudato Si' 2021, 15-25 Mei yang  lalu, Komisi Keharmonian Alam  Ciptaan Tuhan telah bersiaran secara langsung melalui program  Laudato Si' Night.

Enam tahun yang lalu, Sri Paus  Fransiskus telah mengeluarkan  ensiklik “Laudato Si” yang mengajak kita semua untuk menjaga,  merawat alam dari kehancuran.  Ensiklik Laudato Si’ (Puji BagiMu”) adalah ensiklik kedua Sri  Paus Fransiskus.  

Dalam ensiklik ini, Bapa Suci  mengritik nilai konsumerisme dan  pembangunan yang tidak sistematik, menyuarakan kekesalannya  di atas terjadinya kerosakan pada  alam ciptaan Tuhan, peningkatan  pemanasan global serta mengajak  semua orang di seluruh dunia untuk mengambil “aksi global yang  terpadu dan segera” 

Malam Laudati Si’ pada 21  Mei 2021 yang disiarkan di Facebook Komisi Keharmonian Alam  Ciptaan Keuskupan Keningau  dikendalikan oleh Pengerusinya,  Sdri Lissa Johanes.

Ia dimulakan dengan doa pembukaan dan ucapan Uskup Cornelius Piong sempena minggu  Laudato Si’.

“Kita bersyukur kerana dapat  menyambut minggu Laudato Si’  pada tahun ini . Laudato Si’ yang  dimulakan oleh Sri Paus Fransiskus sangat penting bagi umat  manusia Katolik, kita digalakkan untuk mempromosikan minggu Laudato Si’ kerana kita tahu  sesuatu itu boleh diubah.

Melalui ensiklik Laudato Si’,  kita adalah diharap dan diutus  mengambil peranan di dalam  menjaga, mengasihi dunia, tempat kediaman ini. Kita semua tahu  bahawa bumi semakin banyak  kerosakan. Manusia semakin hari  semakin ramai dan penggunaan  alam ciptaan Tuhan sudah kurang  disyukuri. 

Oleh itu Sri Paus mengajak  melalui Laudato Si’, “kita perlu  bersaksi, kita perlu berjuang menjaga alam ciptaan Tuhan bermula  dari keluarga dan komuniti kerana  bumi ini adalah tempat kediaman  kita bersama.”

Malam Laudato Si’ juga menampilkan beberapa teladan kreatif  dari Paroki Sook dan Membakut,  bagaimana mereka menghidupi  Laudato Si’ setiap hari. 

Antaranya ialah menggunakan  dan mengitar semua barangan  plastik, membuat baja kompos,  eco-brick, penjimatan tenaga elektrik, berdoa Rosari untuk pertobatan ekologi dan sebagainya.  Program ini diakhiri dengan  tayangan video singkat “Act On  Climate Change” iaitu seruan Sri  Paus untuk menangani krisis iklim  yang mengancam golongan miskin dan kelestarian bum

Total Comments:0

Name
Email
Comments