Misa di parkir kereta yang pertama di Miri

Gereja Mater Dei di Lutong, di Miri adalah gereja pertama yang mempunyai Misa di tempat letak kereta pada 21 Jun 2020.

Jun 26, 2020

MIRI: Gereja Mater Dei di Lutong, di Miri adalah gereja pertama yang mempunyai Misa di tempat letak kereta pada 21 Jun 2020. Ini merupakan cara baharu umat Katolik dalam memenuhi kewajipan iman mereka sambil mematuhi penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Lebih 100 buah kenderaan telah memenuhi ruang letak kereta. Para pemandu mematuhi peraturan SOP iaitu setiap kereta diletakkan selang satu lot. Umat yang tidak dapat memasuki atau belum bersedia menghadiri Misa umum, berada dalam kereta sehingga tamat Misa dan Komuni dibawakan kepada mereka. Sebelum Komuni, para petugas  Gereja terlebih dahulu, membawa sabun bebas air dari satu kereta ke kereta lain, memastikan mereka yang berada di dalam membersihkan tangan mereka.  

Uskup Richard Ng berasa gembira  melihat kehadiran ramai umat semasa Misa Kudus di lapangan letak kereta dan mengatakan, bagi Misa yang berikutnya, umat mungkin diminta untuk mendaftarkan diri sebelum menghadiri  Misa bagi mengelakkan kesesakan di tempat letak kereta. Buat masa ini, bagi mereka yang berada dalam kenderaan ketika Misa tidak perlu menempah dan berasaskan layanan “siapa cepat dia dapat”.

Prelatus itu menyeru semua hadirin agar menyampaikan kepada rakan-rakan lain bahawa mereka yang berisiko tinggi dijangkiti seperti warga emas, tetap dapat menghadiri Misa dengan berada di dalam kereta.

Walaubagaimanapun, umat diingatkan tidak membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun menghadiri Misa seperti mana yang digariskan oleh kerajaan demi membendung penyebaran Covid-19.

Total Comments:0

Name
Email
Comments