Muzium Katolik didik pelajar “kita semua bersaudara”

Ketika Ahmad Mutaseb yang berusia 15 tahun mengunjungi Muzium Terra Sancta di Kota Tua, inilah kali pertama dia melihat dan mempelajari peninggalan arkeologi dari kawasan itu.

Sep 11, 2021


YERUSALEM:
Ketika Ahmad Mutaseb yang berusia 15 tahun mengunjungi Muzium Terra Sancta di Kota Tua, inilah kali pertama dia melihat dan mempelajari peninggalan arkeologi dari kawasan itu.

“Saya telah melihat artifak arkeologi di Turki, tetapi di muzium ini, ia memberi saya pencerahan dan pengetahuan yang lebih baik,” ujar Mutaseb, yang beragama Islam.

Dia mengunjungi muzium itu dengan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam program musim panas Palestin. Monica Valley, ketua pendidikan yang bertanggungjawab dalam menerima lawatan berkumpulan.

Monica, bertugas di Terra Sancta Museum setelah 12 tahun terlibat dalam pendidikan muzium di New York.

“Itulah matlamat Muzium Terra Sancta - menjangkau masyarakat - membawa tetangga dan penduduk kota untuk menikmati dan belajar melalui koleksi harta karun muzium yang berusia berabad-abad lamanya, tinggalan yang banyak digali oleh arkeologi friar dari Institut Alkitab Franciscan,” kata Monica.

Monica menganjurkan program khas bagi kumpulan remaja, memfokuskan pada artifak berusia hampir 2.000 tahun. Pelajar yang datang ke muzium ini akan dapat berfikir secara kreatif, khususnya mereka yang sedang mencaricari karier yang sesuai dengan mereka.

Monica menjelaskan kepada para pelajar bahawa, “Muzium melindungi peninggalan-peninggalan bersejarah yang indah. Ini adalah warisan anda.”

Eyad Handal, seorang Katolik dari Bethlehem yang belajar dalam kursus pengurusan warisan budaya, mengatakan bahawa adalah penting bagi beliau mengetahui apa yang telah dilakukan oleh orang-orang zaman dahulu yang menyumbang kepada kemajuan masa kini.

Taleen Sharawneh, 14, berkongsi di media sosialnya, “Lawatan singkat ini sangat menarik untuk melihat bagaimana kehidupan di sini suatu ketika daulu. Terdapat banyak keluarga yang tinggal di sini - Muslim, Kristian, Yahudi!” — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments