“Nasionalisme yang agresif” pacu keganasan pada golongan minoriti agama

“Nasionalisme yang agresif” pacu keganasan pada golongan minoriti agama

Nov 30, 2018

Washington DC: “Nasionalisme yang agresif” adalah pemacu utama keganasan dan intimidasi yang menyasarkan golongan minoriti agama di beberapa bahagian dunia, demikian menurut sebuah badan amal Katolik, Aid to the Church in Need (ACN).

Beberapa minggu lalu, badan amal itu mendakwa “orang-orang Barat yang buta agama” tidak peduli penderitaan yang dihadapi oleh pengant agama minoriti terutama di Afrika, Timur Tengah, dan Asia, dengan mengatakan bahawa “kebanyakan kerajaan Barat” telah gagal memberikan bantuan yang memadai kepada mereka yang dianiaya dan pendatang.

Laporan ACN pada 22 Nov, “Kebebasan Beragama di Dunia 2018”, adalah berdasarkan kajian selama 25 bulan dari 196 buah negara di dunia. Laporan ini menyoroti 38 buah negara yang mempunyai pelanggaran kebebasan beragama yang signifikan, dan lebih separuh daripada negara-negara tersebut, syarat-syarat untuk penganut agama minoriti telah merosot sejak 2016.

“Sri Paus Fransiskus, juga para pendahulunya, telah menegaskan bahawa kebebasan beragama adalah hak asasi manusia yang berakar pada maruah manusia,” kata Thomas Heine-Geldern, presiden eksekutif ACN, dalam satu kenyataan.

Ini adalah tujuan laporan tersebut, untuk menarik perhatian seluruh dunia kepada pautan intrinsik ini antara kebebasan beragama dan maruah manusia.

Laporan itu menyatakan bahawa lebih daripada 60 peratus penduduk dunia, tinggal di negara di mana “hak untuk kebebasan beragama terhalang atau dinafikan secara terang-terangan.”

Ini termasuk hampir 330 juta orang Kristian yang tinggal di negara-negara di mana mereka menghadapi penganiayaan agama dalam pelbagai bentuk.

Pelanggaran kebebasan beragama yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara dan rejim kuku besi, menunjukkan penurunan kebebasan beragama tahun ini berbanding 2016. ACN menyebut fenomena ini sebagai “ultra-nasionalisme.”

“Keganasan dan perbuatan menakutnakutkan secara sistematik terhadap kumpulan minoriti agama telah menyebabkan mereka dicap sebagai orang asing yang tidak setia dan mengancam negara,” demikian laporan itu.

Negara seperti itu ialah seperti China, di mana kerajaan Komunis yang semakin autoritarian baru-baru ini telah menghancurkan minoriti agama, walaupun perjanjian sementara dengan Vatikan pada bulan September lau tentang pelantikan uskupuskup Katolik.

Di negara-negara lain, seperti Rusia dan Kyrgyzstan, semakin tidak bertoleransi terhadap agama minoriti bermakna negaranegara ini diletakkan oleh ACN dalam kategori “Diskriminasi” buat kali pertama.

Bagi negara-negara lain, termasuk Korea Utara, Arab Saudi, Yaman dan Eritrea, “keadaan [untuk minoriti agama] sudah begitu buruk, hingga tidak nampak jalan untuk beransur baik,” kata laporan itu.

Ekstremisme Islam, yang dicetus daripada konflik antara Sunni dan Syiah Islam, menyumbang kepada penganiayaan yang dihadapi oleh minoriti di 22 daripada 38 negara. Walaupun keganasan Islam telah berkurangan di negara-negara seperti Tanzania dan Kenya, laporan itu menegaskan bahawa laporan media memberi tumpuan terutamanya kepada ancaman Islam dari ISIS dan sekutunya, sambil mengabaikan penyebaran kumpulan Islam di tempat lain di Afrika, Timur Tengah, dan Asia.

Pada masa yang sama, laporan itu berpendapat bahawa Islamophobia di Barat telah meningkat, sebahagiannya disebabkan oleh serangan pengganas dan krisis migran yang berterusan.

Ada yang seperti Muslim Rohingya, yang mana nasibnya telah mendapat perhatian di Barat, tetapi begitu banyak orang lain seperti Kristian di Nigeria, Ahmadis di Pakistan dan Baha’is di Iran-merasa dipinggirkan oleh Barat di mana kebebasan beragama telah “tergelincir” daripada hak asasi manusia.

Penderaan seksual wanita oleh kumpulankumpulan pelampau di Afrika, Timur Tengah dan bahagian-bahagian India adalah isu yang penting yang turut diketengahkan oleh laporan itu.

ACN, yang ditubuhkan pada tahun 1947, telah menjadi badan amal kepausan sejak tahun 2011 dan melayani orang Kristian di 150 negara di seluruh dunia. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments