Nepal kehilangan ramai pemimpin Kristian akibat COVID-19

Pandemik virus corona telah memberi 'tamparan hebat' kepada para pemimpin Kristian di Nepal sehingga menyebabkan lebih 130 orang pemimpin meninggal dunia sejak April.

Jul 10, 2021

KATHMANDU: Pandemik virus corona telah memberi 'tamparan hebat' kepada para pemimpin Kristian di Nepal sehingga menyebabkan lebih 130 orang pemimpin meninggal dunia sejak April.

“Pada bulan Mei, hampir setiap hari ada pendeta dan paderi yang meninggal,” kata B. P. Khanal, seorang pendeta dan pemimpin Parti Janajagaran Nepal, dalam sebuah wawancara dengan Christianity Today.

Penganut Kristian merupakan kumpulan minoriti di negara itu. Populasi mereka hanya sekitar 1.4 peratus dari penduduk negara itu yang mencapai sekitar 29 juta orang.

Khanal mengatakan COVID-19 telah menyerang sekitar 500 pendeta dari Februari 2021 hingga kini.

“Kekosongan dalam kepemimpinan sekarang dihadapi banyak gereja,” kata Hanok Tamang, ketua Persekutuan Gereja Nasional Nepal, dalam wawancara yang sama dengan Christianity Today.

“Ramai keluarga yang kehilangan ketua keluarga. Anak-anak telah kehilangan ayah dan ibu mereka, dan anak yatim piatu tidak tertangani,” kata Tamang.

Gereja-gereja Kristian Nepal juga menghadapi krisis kewangan kata Dili Ram Paudel, setiausaha agung Masyarakat Kristian Nepal.

“Gereja-gereja telah ditutup selama hampir satu setengah tahun. Kami telah bekerja sama dan mematuhi perintah pemerintah, malah gereja ditutup dan tidak ada sebarang aktiviti," katanya. Pada 4 Julai, Nepal melaporkan 1,042 kes virus corona baharu dalam 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus itu menjadi 644,622 kes. — LiCASnews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments