Notis Chanseri penangguhan pentahbisan diakon Bro Michel Dass

Notis Chanseri bertarikh 15 Jun 2021 mengumumkan bahawa seminarian Brother Michel Dass akan ditahbis sebagai diakon pada 24 Julai 2021 di Chapel, Rumah Cardijn.

Jul 10, 2021

KUALA LUMPUR: Notis Chanseri bertarikh 15 Jun 2021 mengumumkan bahawa seminarian Brother Michel Dass akan ditahbis sebagai diakon pada 24 Julai 2021 di Chapel, Rumah Cardijn.

Namun disebabkan kawalan pergerakan dan aktiviti, Uskup Agung Julian Leow D.D telah menangguhkan pentahbisan diakon ini ke suatu tarikh yang akan diumumkan, iaitu selepas tempoh kawalan pergerakan dilonggarkan.

Notis yang ditandatangani oleh Fr Michael Chua, Chanselor Keuskupan Agung Kuala Lumpurr mengajak umat untuk terus mendoakan Brother Michel Dass dalam persiapan beliau memasuki jabatan pelayanan sakramen-sakramen suci.

Total Comments:0

Name
Email
Comments