Pada pesta Corpus Christi, Gereja di Myanmar dihujani peluru meriam

Sebuah Gereja Katolik dihujani peluru meriam (artileri) pada Hari Minggu Tubuh dan Darah Kristus, 6 Jun, di mana militan Myanmar melanjutkan serangannya hingga ke Kayah, di bahagian timur negara itu.

Jun 12, 2021

YANGON: Sebuah Gereja Katolik  dihujani peluru meriam (artileri)  pada Hari Minggu Tubuh dan Darah Kristus, 6 Jun, di mana militan  Myanmar melanjutkan serangannya hingga ke Kayah, di bahagian  timur negara itu.

Saksi mengatakan militan menyasarkan serangan ke gereja Maria Ratu Damai di Daw Ngan Kha di  kota Demoso, negara bahagian  Kayah.

Tidak ada korban jiwa atau lukaluka yang dilaporkan tetapigereja  mengalami kerosakan parah dan  beberapa rumah disekitarnya juga  rosak.

Serangan ini merupakan yang  keenam kalinya dalam masa dua  minggu di mana militan menyerang  gereja-gereja Katolik di wilayah  itu, kata seorang paderi tempatan  yang meminta namanya tidak ditulis atas sebab keselamatan. 

Pada hari Sabtu, 5 Jun, pasukan  keamanan Myanmar menyerang  penduduk desa yang hanya bersenjatakan parang dan panah sehingga  menyebabkan 20 orang maut.  Menurut TV Kerajaan, tiga  orang “teroris” telah maut dan  dua orang lagi ditangkap di desa  Hlayswe ketika pasukan keamanan  memburu seorang pemuda yang  dituduh berkomplot melawan kerajaan. 

Juru bicara junta tidak mahu  menjawab panggilan dari Reuters  untuk mengulas kekerasan di Kyonpyaw di Wilayah Ayeyarwady.  Reuters tidak mendapat pengesahan jumlah mangsa. 

Tentera Myanmar berusaha  mengambil alih kerajan sejak  menggulingkan pemimpin terpilih  Aug San Suu Kyi setelah satu  dekad reformasi demokratik yang  telah membuka negara itu dari  dasar tertutupnya. 

Pertemuan antara pemimpin  junta Min Aung Hlaing dan utusan dari Asosiasi Negara-Negara  Asia Tenggara pada hari Jumaat  memicu kemarahan di beberapa  bahagian Myanmar pada hari Sabtu, dan membakar bendera ASEAN  di kota terbesar kedua Mandalay. 

Rusuhan kembali terjadi pada  hari Sabtu di Hlayswe, sekitar 150  KM barat laut kota utama Yangon,  ketika tentera mengatakan mereka  datang ke situ untuk mencari senjata, demikian laporan daripada  empat media tempatan dan menurut seorang penduduk.

“Masyarakat di desa hanya memiliki panah sebagai senjata dan  ramai menjadi mangsa keadaan,”  kata seorang warga yang juga tidak  mahu nama sebenarnya ditulis atas  sebab keselamatan. 

Sekitar 845 orang telah dibunuh  oleh tentera dan polis sejak rusuhan pada 1 Februari.

Rusuhan itu disebut sebagai  salah satu kekerasan terburuk sejak  rampasan kuasa. Sejak rampasan  kuasa pada bulan Februari lalu,  konflik terus terjadi di Myanmar  dengan rusuhan, serangan dan tindakan mogok yang melumpuhkan  negara itu. – media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments