Paderi dan misionari turun ke “ladang” pedalaman

Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK) bersama dengan Majlis Pelaksana Pastoral (MPP) telah melaksanakan lawatan ke dua tahun 2017 ke Zon Pohon Batu, pada 14 - 17 Jun 2017 yang lalu.

Jul 28, 2017

KENINGAUI: Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK) bersama dengan Majlis Pelaksana Pastoral (MPP) telah melaksanakan lawatan ke dua tahun 2017 ke Zon Pohon Batu, pada 14 - 17 Jun 2017 yang lalu.

14 orang anggota telah menyertai program ini yang terdiri dari 10 orang gabungan PPK dan MPP serta empat orang misionaris awam. Fr. Rudolf Joannes merangkap Pengarah PPK, Stella Kinsik sebagai Pengerusi, dan anggota team pelaksana iaitu Lawrance Yong, Richard Jitor, Imelda G. Denis, Marysia Michael, Dennis Zeno, Patrick Marius, Francis Epit Apot, Claudeus Josue S. Kinsik, serta empat Misionaris awam iaitu, Veronica Stephen, Cannysius@Godfrey Bin Jamikol, Leslie Polinus, dan Danny Lidduin.

Dalam program ini, team telah melawat empat KUK di kawasan Zon Pun Batu iaitu tiga KUK lama (KUK Pangaraan, KUK Pun Batu, dan KUK Lumiri) serta KUK yang baru ditubuhkan iaitu KUK Siwanal.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memberikan katekesis dan mengadakan perayaan sakramen Ekaristi.

Hari pertama iaitu 14 Jun 2017, team berangkat dari paroki KSFX pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di KUK Siwanal pada pukul 6.00 petang.

Lawatan pertama di Siwanal telah berjaya menjadikan Siwanal sebagai KUK baharu. Jumlah penduduk di Siwanal adalah sekitar 30 orang dan sekitar 25 orang telah menerima Sakramen Pembaptisan oleh Fr. Rudolf Joannes. Dalam lawatan ini juga telah berjaya mendapatkan tapak bangunan gereja yang akan dibangun dalam masa yang terdekat.

Pada 15 Jun 2017, team melanjutkan lawatan ke KUK Pengaraan. Disebabkan cuaca yang kurang baik, team hanya sempat memberikan satu sesi katekesis dengan tajuk “Tiga Martabat Kristus” dan perayaan sakramen Eksristi yang dipimpin oleh Fr. Rudolf Joannes.

Hari ketiga iaitu 16 Jun 2017, team meneruskan lawatan ke KUK Pohon Batu. Pada waktu malam, katekesis mengenai “Tiga Martabat Kristus” disampaikan dan keesokannya dilaksanakan Perayaan Sakramen Ekaristi. Hari yang terakhir, team melanjutkan lawatan ke KUK Lumiri dan memberikan katekesis serta merayakan Sakramen Ekaristi.

Umat di KUK-KUK yang dilawati, bersukacita kerana dikunjungi, diberikan katekesis serta yang paling penting, merayakan Ekaristi.

Empat misionaris yang pertama kali mengikuti perjalanan ini juga merasa gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan mengikuti program lawatan tersebut. Fr. Rudolf Joannes merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada umat atas sambutan dan kerjasama yang diberikan, dan kepada semua anggota team yang telah bertungkus lumus melakukan persiapan dan telah menjayakan lawatan kali kedua tersebut.

Sementara itu, Pn. Stella Kinsik memberi pesan supaya umat sentiasa berjalan bersama dalam Kristus, dan umat di Zon Pohon Batu boleh memohon apa-apa program bagi tujuan pemantapan iman. Lawatan selanjutnya diperkirakan akan dilaksanakan pada bulan November akan datang.

Total Comments:0

Name
Email
Comments