Paderi di Filipina diancam bunuh kerana bela alam ciptaan Tuhan

Semakin ramai Paderi dan warga gereja diserang atau diancam kerana membela lingkungan hidup dan hak asasi manusia.

Aug 28, 2021

Fr Raymond Montero Ambray dari Keuskupan Tandag mengetuai perarakan untuk menghormati dua orang tokoh masyarakat adat yang dibunuh pada tahun 2015. (Foto: Mark Saludes)


MANILA:
Semakin ramai Paderi dan warga gereja diserang atau diancam kerana membela lingkungan hidup dan hak asasi manusia.

Selang beberapa hari selepas Father Alex Bercasio, CSsR memberikan penghormatan kepada seorang pemimpin masyarakat adat yang terbunuh, Paderi itu mendapat ancaman bunuh. Sementara itu, di wilayah Tagalog Selatan, orangorang tidak dikenali mengikuti Father Warren Francis Puno, direktur Komisi Ekologi Keuskupan Lucena.

“Ada orang yang tidak senang dengan apa yang kami lakukan. Dan mereka akan melakukan segala cara untuk menghentikan perjuangan kami melindungi alam ciptaan Tuhan,” ujar Fr Warren.

Di Surigao del Sur, Filipina selatan, Father Raymond Montero Ambray telah menjadi sasaran fitnah kerana memperjuangkan hak masyarakat asli.

Di Kota Bacolod, Filipina, semua gereja dan chapel di Keuskupan San Carlos dibunyikan dari 9 – 17 Ogos bagi mengenang para klerus dan orang-orang yang terbunuh kerana mahu melindungi alam ciptaan Tuhan. — LiCASnews

Total Comments:0

Name
Email
Comments