Pakistan dikritik gagal lindungi minoriti

Pakistan mendapat kecaman kerana terkait dengan pelanggaran hak asasi manusia (HAM), lebih-lebih lagi kerajaan itu gagal melindungi hak-hak minoriti serta membiarkan serangan terhadap agama-agama minoriti, demikian laporan HAM terbaharu dari Jabaran Luar Negara Amerika Syarikat.

May 03, 2024

Para wanita Katolik di Pakistan menangis selepas Gereja Segala Orang Kudus diserang pada Sept 23, 2013 dan mengakibatkan lebih 80 kematian. Gambar: ucanews.com


PESHAWAR: Pakistan mendapat kecaman kerana terkait dengan pelanggaran hak asasi manusia (HAM), lebih-lebih lagi kerajaan itu gagal melindungi hak-hak minoriti serta membiarkan serangan terhadap agama-agama minoriti, demikian laporan HAM terbaharu dari Jabaran Luar Negara Amerika Syarikat.

Laporan Negara tentang Praktik Hak Asasi Manusia 2023, yang diterbitkan pada April 23 lalu, mencakupi hak-hak individu, sivil, politik dan pekerja antarabangsa, sebagaimana tercantum dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan perjanjian antarabangsa lain.

Laporan itu juga mengatakan tidak ada perubahan signifikan dalam situasi HAM di Pakistan tahun lalu.

Penganiayaan terhadap agama-agama minoriti terus berlanjutan di Pakistan pada tahun 2023 termasuk penukaran agama secara paksa, perkahwinan bawah umur dan paksa serta serangan terhadap penganut agama minoriti.

Pakistan adalah rumah bagi sekitar 241 juta orang, 96.3 peratus rakyatnya beragama Islam, 1.6 peratus Hindu dan 1.6 peratus merupakan penganut Kristian.

Kumpulan agama minoriti lain adalah seperti Sikh, Buddha dan Zoroastrian di mana bilangannya kurang dari satu peratus, kata Komisi Kebebasan Beragama Antarabangsa AS.

Menurut Pusat Penelitian dan Studi Keamanan (CRSS) yang berpusat di Islamabad, sebanyak 193 kejadian kekerasan terjadi terhadap kumpulan agama minoriti di Pakistan tahun lalu.

CRSS melaporkan 35 orang penganut agama minoriti telah terbunuh akibat serangan sektarian tahun lalu, dibandingkan dengan 19 kematian tahun 2022.

Zohra Yusuf, seorang aktivis hak asasi manusia, wartawan dan bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP), mengatakan, “situasi ini hanya dapat bertambah baik apabila orang ramai dididik mengenai hak asasi manusia dan ia menjadi subjek dalam kurikulum sekolah agar kanakkanak boleh mempelajarinya dari usia muda!” -- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments