Pandangan Gereja tentang soal ‘takdir’

Pandangan Gereja tentang soal ‘takdir’

Aug 31, 2018

Ramai rakan saya yang mengatakan takdir itu tidak ada. Tetapi di dalam masyarakat ada begitu banyak pandangan berbeza tentang takdir. Apakah dalam Gereja Katolik berlaku dan ada takdir (semua sudah ditentukan Tuhan)?—Andreas

Gereja Katolik, berpegang pada pengertian atau prinsip ‘predestination‘, bahawa Tuhan menghendaki semua orang diselamatkan. Gereja tidak mengajar ‘double predestination‘ bahawa Tuhan dari awal sudah menentukan orang-orang yang akan masuk ke syurga (diselamatkan) dan orang-orang yang masuk neraka (tidak diselamatkan), seperti yang diajarkan oleh Calvinism (1509-1564)’

Calvinism mengatakan Tuhan yang menghendaki adanya kejahatan atau kemalangan, sehingga pengkhianatan Yudas pun seolah-olah sudah ditentukan, atau ditakdirkan oleh Tuhan. Rahmat seakan hanya untuk yang baik, sehingga mereka yang ditakdirkan jahat atau mendapatkan celaka. — pandangan seperti ini ditolak oleh Konsili Trente.

Dalam Kitab Suci kita mendengar sabda, “… Bapa- Mu yang di Syurga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan bagi orang yang tidak benar” (Mat 5:45). Yang hendak diungkapkan dalam petikan ini adalah Tuhan berkehendak menyelamatkan semua orang, bahawa semua orang menerima keselamatan itu dan Tuhan tidak pernah mengurangi atau memilih-milih untuk menyelamatkan.

Demikian pula, Tuhan tidak menghendaki atau menurunkan celaka atau kemalangan terhadap seseorang. Itulah yang sebenarnya ditentukan Tuhan: keselamatan! Benar bahawa keselamatan hanya ada melalui, dalam dan dari diri Yesus Kristus, namun keselamatan tersebut menuntut sahutan bebas manusia. Tuhan selalu memberi ruang dan kebebasan pada manusia. Jika mereka berpaling daripada Tuhan, mereka tetap mempunyai ruang kesempatan lagi untuk berusaha memperoleh keselamatan.

Paus Leo IX dalam suratnya pada tahun 1053 menulis, Tuhan hanya menentukan yang baik, biar pun Dia tahu ada yang jahat, tetapi yang tidak baik bukan berasal daripada-Nya. Kalau Tuhan hanya menghendaki yang baik, mengapa ada orang yang tidak beruntung atau malahan bernasib kurang baik? Ketika para murid melihat seorang yang buta sejak lahir, mereka bertanya siapa yang salah, orangnya sendiri atau orang tuanya, Yesus menjawab “.. kerana pekerjaan-pekerjaan Tuhan harus dinyatakan di dalam dia” (Yoh 9:2-3). Di satu sisi kita tidak tahu mengapa, namun di sisi lain kenyataan itu merupakan undangan untuk memperlihatkan penyertaan Tuhan dan penyelenggaraan Ilahi. Konsili Trente ketika menjelaskan soal ini mengaitkannya dengan perseverantia (ketekunan, daya tahan).

Gereja mengakui bahawa kejahatan dan kemalangan akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia. Bahawa ada yang orang yang selalu tidak bernasib baik malah seakan-akan selalu malang. Namun Tuhan bukan penyebabnya, sebagaimana dalam kisah perumpamaan gandum dan lalang (Mat 13:24-30). Kenyataan tersebut menjadi ajakan untuk membuat pilihan dengan tekun dalam pilihan bebas, mengarahkan hidup kita kepada Tuhan, yang dengan misteri- Nya menyelenggarakan hidup kita dalam kerangka tata keselamatan-Nya.

Menilai bahawa segala-galanya telah ditakdirkan oleh Tuhan, bahkan mengaitkan kemalangan dan kejahatan adalah daripada Tuhan adalah bertentangan dengan kenyataan bahawa Tuhan tidak menghendaki celaka, sebaliknya Tuhan hanya menghendaki keselamatan, kebaikan bagi semua.

Demikian pula, menuduh nasib malang dan situasi celaka atau bencana sebagai tanggungjawab Tuhan merupakan perbuatan menolak untuk mengakui kehendak bebas manusia untuk bertanggungjawab dalam hidup ini. Kehendak bebas adalah rahmat, Tuhan mengurniakannya bukan kerana Tuhan melepaskan tanggungjawab, namun kerana Tuhan dalam kebesaran hati-Nya mengajak manusia ikut terlibat dalam karya keselamatan ini. Situasi yang tidak beruntung adalah undangan kepada kita untuk menghadapinya dengan sikap iman, membantu, menempatkan harapan, dan mewujudkan tindakan kasih yang nyata.

Kitab Suci ada menceritakan kisah Yusuf, yang dijual saudara-saudaranya, atau kisah Ayub, yang kehilangan segala-galanya, demikian pula kisah pengosongan diri Yesus sampai wafat di kayu Salib. Gereja dalam sejarahnya memuat pelbagai ragam kisah penganiayaan dan kemartiran, sejak dari Stefanus hingga kini, di mana kisah-kisah hebat itu menyatakan ia bukan menghancurkan seseorang sebaliknya memperkasakan lagi Gereja. Bahkan kisahkisah itu juga mengajar kita bahawa khabar buruk pun mendatangkan kebaikan.

Satu-satunya takdir yang dikehendaki Tuhan adalah keselamatan. Persoalannya, bagaimana kita menyikapinya? Jangan cepat menyalahkan Tuhan kerana nasib buruk menimpa kita sebaliknya datang dan membuka diri untuk mengenali misteri-Nya, dan be kerjasama untuk ikut memulihkan kehidupan. — Father T. Krispurwana Cahyadi SJ, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments