Panduan untuk merayakan Liturgi Minggu Suci 2021 dengan kudus dan selamat

Pada 17 Februari 2021, Kongregasi untuk Liturgi Suci dan Ibadat Ilahi mengeluarkan “Nota kepada para Uskup dan Konferensi Episkopal mengenai Perayaan Minggu Suci 2021.”

Mar 12, 2021

KUALA LUMPUR: Pada 17 Februari 2021, Kongregasi untuk Liturgi Suci dan Ibadat Ilahi mengeluarkan “Nota kepada para Uskup dan Konferensi Episkopal mengenai Perayaan Minggu Suci 2021.”

Nota  itu menyatakan tentang situasi yang sangat pelbagai di seluruh dunia pada masa pandemik.

Walaupun Pedoman yang dikeluarkan untuk Minggu Suci 2020 tetap digunakan, Nota itu menyatakan, “Uskup, sebagai moderator kehidupan liturgi gerejanya, diminta untuk membuat keputusan yang bijaksana agar liturgi dapat dirayakan dengan bermanfaat bagi umat Tuhan dan untuk kebaikan jiwa yang dipercayakan di bawah gembalaanya, sambil menghormati perlindungan kesihatan dan apa yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa untuk kebaikan bersama.”

Dengan mempertimbangkan pertimbangan ini serta harus menyeimbangkan masalah / protokol kesihatan masyarakat dengan perayaan liturgi yang bermanfaat dan bermakna, yang merupakan “sumber dan puncak kehidupan Kristiani” (LG no. 11; CCC 1324), Yang Amat Mulia, Uskup Agung Julian Leow DD, telah mengeluarkan panduan berikut yang harus dibaca bersama dan sebagai tambahan kepada Pedoman Keuskupan Agung untuk Perayaan Sakramen bertarikh 15 Jun 2020.

A. Hari Minggu Palma.

1. Bentuk Ketiga - Perarakan masuk yang ringkas sangat digalakkan untuk mengelakkan kesesakan dan isu jarak sosial. Kongregasi duduk di dalam Gereja. Pemimpin berarak masuk dari pintu masuk utama diiringi beberapa pelayan altar. Pembacaan Injil pertama ditiadakan. Paderi memerecik air suci ketika berarak masuk.

2. Atas budi bicara imam, Bentuk Kedua- Perarakan Masuk Rasmi - boleh digunakan untuk Misa utama (dengan pembacaan Injil pertama). Perarakan boleh dilakkukan dari pintu masuk utama, dengan beberapa pelayan altar dan tanpa diikuti kongregasi yang sedia duduk.

Palma boleh diberkati oleh paderi dengan formula dalam Missale Romawi sebelum Injil pertama (tanpa percikan air suci). Dia hanya memberkati dengan Air Suci ketika memasuki gereja.

3. Sekiranya menggunakan daun palma, kongregasi harus diarahkan untuk membawa palma mereka sendiri. Sekiranya gereja ingin mengedarkan palma, ia harus dilakukan oleh para warden di pintu masuk Gereja. Palma tidak boleh ditinggalkan di atas meja untuk diambil kemudian. 

B. Khamis Putih, Misa Malam Perjamuan Terakhir Tuhan

1. Mandatum atau Mencuci Kaki. Upacara ini, bagi menggelakkan sentuhan, harus ditiadakan kerana sudah menjadi pilihan di bawah rubrik Missale Romawi.

2.Pemindahan Sakramen Mahakudus, sedapat mungkin, harus dilakukan seperti biasa. Ini mesti dirancang dengan teliti sambil mematuhi protokol kesihatan awam.

Altar untuk peyembahan juga harus terletak di ruang / kawasan yang berventilasi baik di mana orang yang ingin membuat adorasi dapat menjaga jarak sosial.

Untuk mematuhi SOP, tempat duduk tidak boleh melebihi 30% dari jumlah kapasiti ruang tersebut. Bilangan umat harus terhad mengikut slot masa.

3.Atas permohonan Uskup Agung, Kementerian Perpaduan Nasional melalui surat bertarikh 5 Mac 2021 telah memberi keizinan untuk memperpanjang waktu pembukaan Gereja pada hari Khamis Sucidan Vigil Paskah hingga 12 tengah malam. Untuk membantu  kerja pembersihan dan penutupan, adorasi orang ramai tidak boleh melebihi jam 11.30 malam.

C. Jumaat Agung, Memperingati Kesengsaraan Tuhan

1.Bentuk Pertama ketika Mengangkat Salib Suci sangat disyorkan (halaman 362 dari Misale Romawi). Pembukaan kain selubung dilakukan di santuari. Tidak ada perarakan.

2. Penghormatan Salib Suci - hanya paderi yang boleh mencium Salib.

3.Untuk membolehkan umat menghormati salib, paderi harus mengangkat salib (ke arah umat) untuk waktu yang singkat dan mengajak umat memuliakan Salib Suci  dari mana sahaja mereka berada (berlutut, membongkok ke arah Salib).

D. Vigil Paskah

Bahagian Satu Vigil: Lucernarium

1 Sekiranya umat memegang lilin, mereka harus diarahkan untuk membawa lilin mereka sendiri atau jika lilin diedarkan oleh gereja, pastikan komiti warden yang membahagi-bahagikannya (daripada membiarkan lilin di atas meja).

2. Tiada perhimpunan umat di luar Gereja untuk api Paskah. Umat harus tetap duduk di gereja.

3.Tempat penyediaan Lilin Paskah, nyalaan lilin dan perarakan harus mematuhi protokol menjaga jarak sosial dan tidak sesak. Untuk membolehkan umat mengikuti bahagian ini, siaran langsung boleh diatur agar umat dapat mengikuti upacara ini.

4. Sebagai alternatif, penyediaan Lilin Paskah dan penyalaan lilin harus dilakukan di sanctuari.  Perarakan paderi dan pelayan altar harus ditiadakan. Nyanyian, “Cahaya Kristus” (sebanyak tiga kali)  dapat dilakukan dari santuari.

Bahagian Dua Vigil: Liturgi Sabda
Sangat disarankan agar jumlah bacaan Perjanjian Lama terbatas kepada tiga (Keluaran 14: 15-15: 1 adalah wajib dan Yesaya 55: 1-11 harus dibaca jika ada pembaptisan).

Bahagian Tiga Vigil: Liturgi Pembaptisan
1. Liturgi Pembaptisan dapat berjalan sesuai dengan Pedoman Keuskupan Agung untuk Merayakan Sakramen - Sila rujuk https://drive.google.com/file/d/1 ohVh1Vbt2lFCMFA8QR4ot0UizYJmJ urh/view dan https://drive.google.com/ file/d/1wyPWt_nNA2Si6ZdfXrCmdVxTROk9M445/view2.

2.Pembaptisan - Pembaptisan dengan rendaman ke dalam air harus ditiadakan.

3. Penguatan - tidak ada peletakan tangan ke atas individu dan diganti dengan penumpangan tangan ke atas calon. Pengurapan dengan minyak Krisma harus dilakukan dengan menggunakan kapas bersih untuk setiap calon.

Bahagian Empat Vigil: Ekaristi
Komuni harus diberikan secara utuh - hostia yang telah dikonsekrasi

Air berkat: Bejana Air Berkat di pintu masuk Gereja hendaklah dikosongkan sebelum dan sesudah Misa. Bagi mereka yang ingin mengambil Air Berkat, disarankan membawa air di dalam bekas yang sesuai yang kemudian akan diberkati semasa Vigil. Mengambil air berkat dari bejana pembaptisan atau dari sumber lain harus dielakkan.

Masa untuk Vigil Paskah: Misa Vigil Paskah harus tidak melebihi jam 11.30 malam bagi membolehkan Gereja disanitasi dan bagi mempersiapkan Misa Hari Minggu Paskah.

Total Comments:0

Name
Email
Comments