Paroki di China bantu ibu bapa Katolik gandakan iman anak-anak mereka

Kem itu diadakan pada 7-14 Ogos dan dihadiri 150 kanakkanak berusia tiga hingga 16 tahun – kehadiran yang meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

Sep 01, 2016

NANJING: Perubahan dalam strategi dan pemasaran telah menyebabkan lebih ramai kanak-kanak menghadiri perkhemahan musim panas yang dianjurkan oleh Paroki St. Perawan Maria Dikandung Tanpa Noda Katedral di Nanjing, China.

Kem itu diadakan pada 7-14 Ogos dan dihadiri 150 kanakkanak berusia tiga hingga 16 tahun – kehadiran yang meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

Paroki itu sering mengadakan “pelajaran katekese” di musim panas untuk anak-anak Katolik, tapi berubah nama menjadi “perkhemahan musim panas” dan turut memperluas undangan kepada kanak-kanak bukan Katolik. Paroki itu juga memberikan 500 risalah promosi untuk menarik lebih banyak orang. “Kami juga mendorong umat untuk berbahagi berita melalui media sosial sehingga teman-teman bukan Katolik mereka akan mendapat tahu tentang hal itu,” kata Mai Zi, ketua kem tersebut.

“Program ini difokuskan pada aspek-aspek Katolik dan kem diadakan selama seminggu. Kegiatan ini perlu persetujuan orangtua dan umat.”

“Kegiatan ini bertujuan untuk membuat Gereja lebih terbuka dan menarik orang-orang bukan Katolik datang ke gereja melalui pelbagai saluran,” kata Fr Gao Yuan, rektor paroki yang melayani 5,000 umat Katolik. Pada Misa penutup, 14 Ogos, dua orang kanak-kanak telah dibaptis dan 14 lainnya menerima Komuni Pertama.

“Kami juga menyediakan 40 guru dan seminarian untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak,” jelas Mai Zi. “Kami berharap bahawa mereka yang menghadiri kegiatan ini akan mendapat pemahaman yang baik tentang Gereja Katolik.”

Kem ini juga mendidiki kanak-kanak untuk rajin melakukan tanda-tanda Katolik seperti membuat tanda Salib, berdoa Rosario dan membaca Kitab Suci.

Ramai ibu bapa yang menyampaikan terima kasih kepada paroki, yang memberikan pelajaran tambahan untuk anak-anak mereka dan pembinaan peribadi guna mempersiapkan anak-anak Katolik untuk Komuni Pertama atau Sakramen Baptis.--Asianews

Total Comments:0

Name
Email
Comments