Paroki jadi barisan hadapan bantu mangsa pandemik

Vietnam terus menangani situasi pandemik yang rumit dengan 13,483 kes coronavirus dilaporkan setakat 22 Jun 2021.

Jun 25, 2021

Ho CHI MINH: Vietnam terus menangani situasi pandemik yang rumit dengan 13,483 kes coronavirus dilaporkan setakat 22 Jun 2021.

Sebanyak 1,714 kes telah dilaporkan di Bandar H? Chí Minh sahaja. Beberapa kumpulan Katolik di keuskupan agung telah digerakkan untuk meberikan bantuan.

Father Joseph Dinh Van The, vikaris dari paroki Tan Trang, mengundang umat beriman untuk berdoa dan melaksanakan kerja-kerja amal.

Paroki itu mengadakan pengagihan makanan khusus bagi mereka yang terjejas teruk seperti pengutip sampah, warga tua, orang sakit, dan mereka yang tinggal di kawasan termiskin. “Banyak keluarga menghadapi cabaran besar namun kami selalu percaya kepada Tuhan. Kami mendoakan kedamaian semua orang dan semoga pandemik ini segera berakhir,” kata Fr Joseph.

Di paroki St Martin, Fr Peter Vu Minh Hung membuka Quan Com 2000 pada tahun 2016, sebuah kedai beras di mana orang dapat membeli makanan dengan harga hanya 2,000 dong (beberapa sen AS).

Namun akibat pandemik, kedai itu terpaksa ditutup, tetapi ia disusun semula untuk mengagihkan beras kepada orang miskin, termasuk penjual tiket loteri dan pemandu teksi motosikal.

Antara 500 dan 600 orang datang setiap hari, dan Fr Peter mengambil bahagian dalam membagikan makanan.

Kerja-kerja amal yang digerakkan oleh kumpulan Katolik ini telah menyokong mereka yang terjejas.

Selain membahagikan makanan, pelitup muka, ubat-ubatan, mereka juga membantu mereka yang tidak mampu membayar bil dan yang tidak dapat membeli ubat.

Beberapa umat beriman mengatakan, “Pada saat seperti ini, kita tidak membiarkan diri kita diatasi oleh pesimisme dan kesedihan. Pandemik mengajar kita belajar untuk saling menjaga, membawa kegembiraan dan memperkuat persahabatan.” — AsiaNews

Total Comments:0

Name
Email
Comments