Pelajar IY kongsi kisah panggilan dalam kem pelayan altar

Pelajar IY kongsi kisah panggilan dalam kem pelayan altar

Aug 03, 2018

MANDALIPAU: Pelajar seminarian Tahun Inisiasi (IY) mengambil kesempatan untuk mempromosi panggilan menjadi paderi semasa Kem Pelayan Altar di St Dominic Savio pada 22-23 Jun lalu.

Kem yang bertema, “Kamu adalah Garam dan Cahaya Dunia” (Mat: 5:13-16), dianjurkan oleh belia St Theresa Kogopon.

Bagi mempromosi panggilan, seorang Novis dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC), Novis Angellia Gum, telah mengongsikan panggilannya kepada para peserta kem.

Manakala Seminarian Jerimia Domingo, dalam menceritakan panggilannya mengatakan beliau mendengar panggilannya untuk menjadi paderi semasa menjadi pelayan altar.

Jerimia juga menceritakan pengalaman beliau semasa mengikuti pembentukan sebagai seminarian di IY.

Beliau memberitahu para pelayan altar bahawa doa daripada keluarga, doa peribadi dan bantuan daripada teman-teman seminarian yang lain telah menjadikannya kuat untuk menerima panggilan itu.

Para peserta kem juga berpeluang menonton video singkat tentang aktiviti-aktiviti seminarian IY.

Fr Rayner Bisius yang memimpin Misa penutup Kem Pelayan Altar menyeru para peserta bahawa merekalah “garam dan cahaya dunia” untuk keluarga dan semua orang. Paderi itu juga mengingatkan para peserta bahawa Tuhan adalah Bapa yang Maha Penyayang dan, “Dia memanggil kamu untuk menjadi anak-anak-Nya.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments