Pelantikan Editor baharu HERALD

Dengan sukacitanya kami mengumumkan Editor baharu akhbar Mingguan Katolik HERALD, Cik Patricia Pereira, berkuatkuasa 1 Julai 2021.

Jun 18, 2021

1 Jun 2021

Kepada semua klerus, religius dan umat beriman,
Dengan sukacitanya kami mengumumkan Editor baharu akhbar Mingguan Katolik HERALD, Cik  Patricia Pereira, berkuatkuasa 1 Julai 2021. Patricia Pereira telah berkhidmat dengan Pejabat Media dan Komunikasi Keuskupan Agung Kuala Lumpur selama empat tahun ini. 

Beliau menggunakan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang media dan komunikasi, baik di Gereja mahupun dalam sektor korporat. 

Kami yakin, beliau akan menjalankan tugas sebagai Editor demi kebaikan Gereja dan masyarakat.

Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Fr Lawrence Andrew SJ, Editor yang akan bersara, di atas pelayanannya selama 27 tahun, bukan sahaja  memulakan penerbitan Katolik ini tetapi juga mentransformasinya ke standard tinggi yang kini terhasil  dalam penerbitan Mingguan Katolik HERALD.

Sejak dilancarkan pada 8 September 1994 di Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Fr Lawrence telah memperluas edaran HERALD ke seluruh Semenanjung Malaysia dan juga ke Sabah dan Sarawak.

Dalam misinya untuk menyampaikan berita terkini  dan nilai-nilai Kristian, Fr Lawrence dan pasukannya  secara konsisten melaporkan peristiwa besar dan bersejarah di paroki dan di keuskupan.

Karya mereka juga secara tidak langsung berfungsi  sebagai arkib sejarah Gereja Katolik di Malaysia.

Semasa pandemik COVID-19, Fr Lawrence memastikan HERALD terus menjangkau seramai yang  boleh, dalam format digital.

Kami berharap tim editorial baharu dapat menghidupi warisan yang ditinggalkan oleh Fr Lawrence  dan terus meningkatkan kualiti penerbitan ini.

Total Comments:0

Name
Email
Comments