Pemimpin Katolik kunjungi Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan

Perwakilan dari Gereja Katolik telah membuat kunjungan kehormat kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 25 Julai lalu.

Aug 10, 2018

SEREMBAN: Perwakilan dari Gereja Katolik telah membuat kunjungan kehormat kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 25 Julai lalu.

Ahli-ahli Majlis Gereja tersebut ialah Uskup Agung Julian Leow, Uskup Agung Joseph Marino (Duta Vatikan ke Malaysia), Fr Vjeko, Fr George Harrison, Fr Xavier Andrew dan Tan Sri Chan Choon Tak.

Kunjungan itu berlangsung dalam suasana ceria dan hangat. Mereka saling bertukar-tukar buah fikiran tentang beberapa isu moral yang menjadi kerisauan serta tumpuan penganut Islam dan Kristian. Berdasarkan permintaan Yang Di-Pertuan Besar, maklumat sejarang singkat Gereja Katolik diberikan kepada baginda.

Uskup Agung Julian dan Fr George telah menyampaikan cendera hati kepada Yang Di-Pertuan Besar, Kunjungan ini sesungguhnya inisiatif yang sungguh murni dalam menjalin hubungan persahabatan dengan ketua negeri.

Acara pada hari itu menandakan iklim yang lebih baik dan membawa harapan damai di antara dua agama di Malaysia dan sebagai sahutan kepada seruan Sri Paus Fransiskus yang mahu Gereja bersahabat dengan semua orang.

Total Comments:0

Name
Email
Comments