Pengampunan bermaksud membuat keputusan untuk bebas dari kebencian, kemarahan

Mempraktikkan konsep pengampunan radikal, berbelas kasihan, dan kasih sayang adalah kunci dalam mencapai kebahagiaan, kata Gerard Koe, Kaunselor K

May 22, 2021

KUALA LUMPUR: Mempraktikkan konsep  pengampunan radikal, berbelas kasihan, dan  kasih sayang adalah kunci dalam mencapai  kebahagiaan, kata Gerard Koe, Kaunselor  Kanan Keluarga semasa menyampaikan taklimat atas talian sempena Hari Guru Kristian  2021 pada 14 Mei. 

Sempeana perayaan Hari Guru itu, Koe dijemput sebagai penceramah mengenai topik  'Kebahagiaan'.

Beliau menjelaskan bahawa  pengampunan radikal berfokus pada melepaskan kemarahan, meleraikan kekecewaan dan  kebencian yang timbul ketika seseorang merasa dianiaya.  Beliau menegaskan bahawa pengampunan  ini tidak bermaksud membiarkan seseorang  atau situasi berterusan berlaku sehingga menyebabkan mangsa terus jatuh. "

Pengampunan bukan tentang membiarkan  [apa yang menyakitkan hati anda] untuk memasuki kembali hidup anda. Pengampunan  bermaksud membuat keputusan untuk tidak  membiarkan kemarahan dan kebencian [dari  kesalahan itu] mengatur atau mengawal hidup  anda," kata Koe kepada lebih 100 orang guru  Kristian Malaysia yang menyertai program  melalui aplikasi Google Meet tersebut. 

Koe adalah Kaunselor Senior Keluarga  dalam Kaunseling Ketagihan dan pada  masa ini, bertugas di Pusat Sosial Katolik di  Keuskupan Agung Sydney, Australia. Merupakan mantan guru, Koe mengatakan bahawa  guru Kristian dapat mendorong pelajar untuk  merenungkan pentingnya kehidupan rohani  dan pengampunan. 

Katanya dengan membimbing pelajar untuk  berfikir tentang pengampunan dan hubungannya dengan kesejahteraan dalaman, kita dapat  menolong para pelajar ini memupuk kehidupan dan tujuan yang lebih bermakna. 

Beliau menambah bahawa manfaat mempraktikkan pengampunan, belas kasihan dan  kebaikan radikal bukan hanya dari sudut  agama atau spiritual, tetapi juga dari aspek  psikologi.

"Dari perspektif Kristian, ketika anda belajar memaafkan, anda membenarkan rahmat  mengalir dalam diri kita. Malah ada juga kajian mendapati dengan memilih berbelas kasihan, ia mendorong pelepasan neurokimia di  otak yang meningkatkan perasaan bahagia,  damai dan puas," jelasnya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments