Penganjur SYD-5 tinjau tapak acara

Seramai 24 orang termasuk MOT, SUB MOT dan LOT telah berkumpul dan bertemu dalam misi meninjau tapak acara SYD-5 di Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar pada 23 Oktober 2019 yang lalu.

Nov 10, 2019

PAPAR: Seramai 24 orang termasuk MOT, SUB MOT dan LOT telah berkumpul dan bertemu dalam misi meninjau tapak acara SYD-5 di Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar pada 23 Oktober 2019 yang lalu. Satu misi meninjau tapak acara SYD-5 juga telah dilakukan pada 13 Oktober 2019 oleh MOT penginapan, kecemasan dan penyediaan tempat.

Setiap sudut perlu di ambil kira kerana ia amat penting dalam menentukan bagaimana program SYD-5 akan dilaksanakan dari segi penginapan sehingga pengaturan program. Semua yang hadir bersama- sama membayangkan situasi SYD 5 pada masa itu dan berharap agar persiapan dapat dilakukan untuk menjayakan program SYD 5 yang akan mengalu-alukan lebih kurang 3,000 peserta seluruh Sabah.

Total Comments:0

Name
Email
Comments