Pentahbisan uskup baharu di Wuhan

Gereja Katolik di Wuhan, China mentahbis seorang uskup baharu pada 8 September, bertepatan dengan Pesta Kelahiran Maria.

Sep 11, 2021

WUHAN: Gereja Katolik di Wuhan, China mentahbis seorang uskup baharu pada 8 September, bertepatan dengan Pesta Kelahiran Maria.

AsiaNews melaporkan bahawa Father Giuseppe Cui Qingqi ditahbiskan menjadi uskup pada jam 8:08 pagi di Katedral St. Yoseph.

Wuhan berada di bawah jagaan Keuskupan Agung Hankou dan uskup agungnya bertakhta di Katedral St. Yoseph, di Hankou, Wuhan. Sejak 1961, keuskupan agung tersebut menjadi keuskupan “bawah tanah” tanpa administrator apostolik. Kota itu menyaksikan pentahbisan dua orang uskup pertama, pada 13 April 1958, tanpa persetujuan Takhta Suci. Tahbisan seorang uskup untuk Wuhan “telah lama dinantikan.”

Pada tahun 2007, pihak berkuasa China mengumumkan bahawa mereka telah memilih Father Joseph Shen Guo’an sebagai calon Uskup tetapi pentahbisan itu dibatalkan pada 9 Jun 2011.

Fr Shen terus bertindak sebagai pemimpin keuskupan sehingga beliau dipindahkan pada Disember 2012 dan digantikan oleh Fr Cui, sebagai administrator keuskupan. Uskup Cui, seorang paderi Fransiskan, lahir pada tahun 1964 di Changzhi (Shanxi) dan ditahbiskan pada tahun 1991. — LiCASnews. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments